Tuesday, September 22, 2015
Pas Takkan Terima Pengkhianat Sebagai Kawan - Nasrudin Tantawi
Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan memaklumkan Pas menolak
untuk menyertai gabungan parti pembangkang bukanlah kerana bersikap
bodoh sombong mahupun ego, sebaliknya pas menolak kerana Pas tidak akan
berkawan dengan seorang pengkhianat.
Nasruddin berkata, Pas menolak untuk menyertai pakatan baharu adalah
kerana Pas enggan bekerjasama dengan orang yang suka 'tikam belakang'.
Katanya, seorang pengkhianat perlulah dihukum bukannya di buat kawan
kerana mereka inilah yang menjadi perosak dalam sesuatu keadaan.
Tambahnya, jika Pas terus berkawan dengan orang seperti itu, ia akan
merosakkan lagi hubungan sesama parti pembangkang yang lain kerana
sebelum ini mereka pernah mengkhianati Pas.
"Kita tidak akan membiarkan budaya 'tikam belakang' itu menjadi amalan
dalam politik negara dan berpendapat pengkhianat perlu dihukum.
"Khianat kemudian diterima kawan. Budaya sebegini akan merosakkan
kesejahteraan iklim politik negara. Justeru ia mengheret negara
menghalalkan pengkhianat politik," kata Nasruddin.
Mengulas lanjut, Nasruddin berkata, Pas akan bekerjasama dengan
mana-mana parti yang bersikap terbuka dan dapat memahami dasar
perjuangan parti masing-masing.
Katanya, Pas tidak akan bekerjasama dengan parti yang sering menunjuk jari telunjuk ke arah parti Islam itu dan pengkhianat.
"Pas tidak perlu mengikut lagak orang lain untuk berjaya," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment