Tuesday, September 22, 2015
Pakatan Harapan atau Patah Harapan?
Buat julung kalinya,
PAS dilihat konsisten dalam nada “mufarakahnya” terhadap DAP dan Amanah.
Sungguh pun esok atau lusa masih ada untuk “u-turn”, kita tunggu sahaja
tindakan seterusnya dari Hadi Awang.
Patah harapan PKR untuk melihat PAS
bersama-sama di dalam Pakatan yang baru dibentuk, namun tidak mungkin
PKR mahu meratapi kehilangan PAS; yang terbukti mempunyai kekuatan
jentera parti berbanding parti-parti pembangkang yang lain.
PKR juga punya ego, dan dengan meletakkan
diri mereka pada “kasta Brahmin” sudah tentu tidak mahu tunduk kepada
PAS yang kita semua tahu di mana kedudukan “kasta” nya di dalam hierarki
Pakatan Rakyat sebelum ini.
Pada hemat kita, sekali lagi, PKR
terpaksa berharap dengan “raja drama” nya untuk memujuk Hadi Awang dan
barisan kepimpinan PAS untuk kembali menyertai mereka atas nama Pakatan
Harapan. Anwar, secara peribadi mengetahui kekuatan PKR lantas menafikan
keperluan untuk keberadaan PAS bersama mereka adalah ibarat meletakkan
telur di hujung tanduk.
Kita percaya, jika PAS masih enggan
untuk sertai Pakatan Harapan, serangan dan tekanan dari Amanah akan
diperhebat, kerana DAP tahu mereka sendiri tidak mampu untuk
mempengaruhi ahli PAS untuk keluar parti. Cukup lah untuk DAP
membekalkan “minyak pelincir”, nescaya ibarat si lipas kudung gerak
kerja dari Amanah.
“First pass the post”, itu sistem
pilihanraya di Malaysia. Maka, kekuatan PAS untuk memenangi kerusi
samada DUN atau Parlimen adalah amat penting untuk PKR, DAP dan Amanah
dalam cita-cita mereka untuk meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana
Menteri, dan Lim Kit Siang sebagai Timbalannya mungkin.
Pakatan Harapan, dan bukan lagi Pakatan
Rakyat. Hilang sudah keramat “rakyat” untuk memupuk sentimen kebersamaan
dengan mereka. Antara Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan, yang tidak
pernah berubah dan terus kekal utuh ialah pakatan ini berstatus haram,
serta meneruskan nafsu Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment