Friday, September 25, 2015

PAS Tidak Setuju Anwar Sebagai Calon PM

Pas menyifatkan keputusan Pakatan Harapan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum akan datang sebagai perkara yang tidak realistik.
http://i0.wp.com/mynewshub.cc/wp-content/uploads/2015/06/pr11.jpg?w=700
Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, tindakan mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri juga tidak boleh dianggap satu keputusan konklusif kerana Penasihat PKR itu masih berada di dalam penjara.

“Perkara ini turut kita bincang dalam mesyuarat semalam dan kita ambil ketetapan bahawa sesuatu keputusan yang mukta­mad mestilah sesuatu yang realistik.

“Maksudnya, dalam keadaan Anwar sekarang di mana, takkan kita boleh buat satu keputusan yang konklusif bahawa dia yang akan menjadi Perdana Men­teri,” katanya di sini hari ini.

Dalam sidang Meja Bulat Pakatan 2.0 semalam, Presiden PKR yang juga isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan pembangkang masih menamakan suaminya sebagai calon Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya mentadbir negara.

Wan Azizah berkata, pembangkang percaya Anwar merupakan pemimpin paling sesuai untuk mena­ngani pelbagai isu nasional seperti kemelut ekonomi, salah urus tadbir, kebajikan rakyat dan perpaduan kaum.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun kerana kesalahan meliwat.

Mengulas lanjut perkara itu, Takiyuddin meminta parti-parti pembangkang membuat keputusan yang lebih realistik dalam soal pemilihan Perdana Menteri.

“Kita perlu berpijak di bumi yang nyata,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment