Thursday, September 24, 2015
Inilah Punca Kenapa Sempadan Negara Kerap Diceroboh
Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul
Aziz Jaafar, mengakui bahawa kekurangan aset keselamatan adalah antara
salah satu punca utama kerap berlakunya pencerobohan di negara ini.
Kekurangan jentera keselamat juga mengundang berlakunya pencerobohan
sempadan negara dan jenayah rentas sempadan. Panglima TLDM juga berkata
bahawa mereka masih memerlukan penambahan aset sekurang-kurangnya enam
buah kapal laut untuk menjaga sempadan negara.
"Mungkin salah satu sebabnya. Kekurangan aset akan membuatkan mana-mana anasir bersemangat memasuki negara kita.
"Mereka mengetahui bahawa kekuatan kita mengawal sempadan negara adalah
rendah," katanya pada sidang media Program Hari Media Kementerian
Pertahanan dan Angkatan TLDM di KD Sri Gombak, Kuala Lumpur, kelmarin.
Namun begitu, ia tidak bermakna TLDM hanya lepas tangan begitu sahaja,
mereka juga turut menggunakan pendekatan holistic dan menggunakan
inisiatif lain, iaitu menerusi kerjasama strategik bersama agensi
penguatkuasaan yang turut terlibat secara langsung dalam menjaga
sempadan negara.
"Kita akan menggunakan pendekatan holistik, dengan kerjasama pengawasan
udara dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mana-mana
agensi yang lain.
"Malah, penguatkasaan menggunakan sistem radar juga banyak membantu," katanya.
Sekarang ini negara hanya mempunyai 44 buah kapal laut di mana lapan operasi dilakukan 24 jam setiap hari.
"Dengan bilangan aset yang tidak mencukupi, ia secara langsung
membebankan pelaksanaan tugas TLDM dan kita terpaksa menggunakan konsep
'we do more with less' bermaksud kita perlu menjaga dengan aset-aset
yang ada pada tahap optimum secara berterusan," jelasnya lagi.
Betul la jugak kan, kalau bertambah aset keselamatan so kawalan
keselamatan sempadan negara dapat diperketatkan dan seterusnya
menyukarkan pihak luar atau pendatang asing untuk menceroh kawasan
negara. Tapi kekurangan aset bukan satu alasan untuk dorang tidak
melakukan tanggungjawab diaorang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment