Thursday, September 24, 2015
Pemimpin DAP Sekarang Tetap Sama Seperti DAP Tahun 1969
Perhimpuanan Merah telah meninggalkan tarikhnya, sedikit sebanyak telah
memberi tahu kepada DAP bahawa jangan bermain api perkauman dan
menyentuh sensitiviti orang Melayu khasnya.
Perhimpunan Merah yang julung kalinya dilakukan secara besar besaran
telah menunjukkan masih banyak lagi orang Melayu yang sanggup
mempertahankan bangsa Melayu, Agama Islam, Raja Melayu serta
perlembagaan Negara dari menjadi sasaran DAP untuk dihina.
Secara dasarnya perhimpunan ini juga telah menimbulkan kemarahan
penyokong Melayu DAP yang mempertikaikan perhimpunan yang dikatakan
rasis hanya disebabkan ianya melibatkan kepentingan hak hak orang
Melayu.
Bermula perancangan perhimpunan hendak dilancarkan, bermula dari situ
juga fitnah dan pembohongan serta provokasi dilakukan oleh puak puak
sebelah sana bagi memalukan orang Melayu yang ingin menyatakan
ketidakpuasan hati terhadap sikap yang ditonjolkan DAP.
Sikap yang hanya mementingkan faedah kepada DAP dan menidakkan hak hak
bangsa lain terutama Melayu menjadi agenda kepada DAP untuk membohongi
rakyat tentang perjuangan yang mereka lakukan adalah berdasarkan
kepentingan rakyat.
Seperti biasa, selepas dan semasa perhimpunan dijalankan para pejuang
cyber DAP dan juga PKR sedaya upaya untuk melakukan fitnah dan
memburukkan perhimpunan merah yang dijalakan secara aman.
Dari banner , kain rentang yang mamaparkan tujuan telah diedit dan
diubah untuk memburukkan keadaan. Tetapi mereka lupa bahawa dalam
perhimpunan bersih 4 secara jelas dan terang matlamat mereka bukan
kerana SPR, Kezaliman dan lain lain lagi. Akan tetapi mereka lakukan
adalah untuk menjatuhkan nmaruah pemimpin melayu yang ada sekarang.
Apa yang tidak dilakukan oleh BERSIH 4, setiap ayat dari banner dan
juga perbuatan mereka menunjukkan betapa mereka telah menolak
perlembagaan negara dan rukun negara sebagai asas keharmonian yang
perlu diamalkan oleh setiap warganegara.
Ini kah yang dinama kan BERSIH? Bersih mereka hanya apada sikap bermuka
muka sahaja, namun hakikatnya didalam hati mereka tetap tersemat
agenada kesamarataan dan Malaysian Malaysia yang mana telah terpahat
selama 46 tahun lagi.
Pemimpin yang ada sekarang didalam DAP adalah orang yang sama
menimbulkan rusuhan perkauman pada tahun 1969. Hakikatnya DAP tetap
sama dan tidak pernah berubah dalam perjuangan mereka seperti yang
diamanahkan oleh PAP iaitu untuk menguasai Malaysia secara total.
Bersih 4 adalah pra sokongan yang ditunjukkan kepada orang Melayu bahawa
pada pru 14 nanti sokongan mutlak orang Cina akan berpihak kepada
mereka , Agenda memecahkan Melayu telah tercapai, Mereka begitu yakin
bahawa dengan perpecahan tersebut sokongan terhadap UMNO akan
berkurangan dan hasilnya mereka boleh mengambarkan kemenangan pada PRU
14 nanti dan menguasai majoriti dalam parlimen.
Justeru itu, Melayu harus sedar, bahawa perjungan bangsa oleh DAP adalah
matlamatnya, perkataan rasis adalah hanya retorik bagi menghasut
pengundi bahawa DAP adalah sebuah parti yang mengamalkan sikap sama
rata.
Akan tetapi Pulau Pinang dan Selangor telah menjadi bukti corak
pemerintahan yang diamalkan adalah bersifat mementingkan satu satu
bangsa sahaja dan bukan berpihak kepada apa yang mereka katakan
kesamarataan dalam segala perkara.
Melayu harus sedar , DAP tetap seperti pada tahun 1969, dan DAP tidak
akan berubah untuk menidakkan agenda yang mereka telah mulakan. Jadi
jangan terpedaya, cukup la selama ini dibohongi oleh mereka ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment