Tuesday, September 22, 2015
UMNO Siasat Saifuddin Abdullah Hadir Perasmian Pakatan Harapan... Talam 2 muka Ni
KUALA LUMPUR : UMNO akan menyiasat terlebih dahulu sebelum
sebarang tindakan disiplin diambil ke atas bekas menteri Datuk Saifuddin
Abdullah yang menghadiri program perasmian gabungan pembangkang baharu,
Pakatan Harapan.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan berkata, mana-mana pihak
tidak sepatutnya membuat kesimpulan sendiri sementara menunggu laporan
penuh siasatan.
"Kami akan siasat hal itu sebelum ambil tindakan," katanya memetik laporan The Malaysian Insider.
Saifuddin hari ini hadir ke program pelancaran Pakatan Harapan, tetapi
atas kapasiti sebagai ketua pegawai eksekutif Yayasan Gerakan
Kesederhanaan Global (GMM).
Tengku Adnan, juga dikenali sebagai Ku Nan, bagaimanapun tidak
menyatakan sama ada tindakan Saifuddin itu melanggar disiplin parti
walaupun hadir bukan atas kapasiti sebagai seorang ahli Umno.
Tiga parti pembangkang terdiri daripada PKR, DAP dan parti baharu
serpihan PAS, Parti Amanah Negara (Amanah), secara rasmi membentuk
Pakatan Harapan sebagai wadah baharu selepas Pakatan Rakyat berkubur.
Saifuddin sebelum ini juga lantang terhadap pemerintah Barisan Nasional.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment