Wednesday, September 23, 2015
Dari Sudut Atas Kemalangan Lumba Haram Lebuhraya Kesas
Tersebar hari ini di laman sosial hari ini dikongsi oleh seorang
pengguna Facebook bernama Semut Gergasi dua buah video kejadian
kemalangan yang melibatkan perserta lumba haram di Shah Alam Expressway
(Lebuhraya Kesas).
Berdasarkan video yang dimuatnaik tersebut
menunjukkan kira-kira enam buah motosikal sedang berlumba di atas
lebuhraya berkenaan sambil di tonton kira-kira ratusan orang yang lain.
Bagaimanapun ketika pelumba sedang berlumba dilihat seorang daripada
mereka telah cuba memotong sebuah kereta jenis proton Exora yang melalui
kawasan tersebut tetapi gagal menyebabkan dia terlanggar belakang
bahagian kanan kereta berkenaan lalu hilang kawalan merempuh pelumba
haram yang lain.
Proton Exora yang dirempuh peserta lumba haram sebelum
terbabas.
Kredit: Semut Gergasi Kerana rempuhan tersebut menyebabkan ke
semua pelumba haram berkenaan terbabas dan terseret di atas jalan raya
kira-kira 100 meter di mana serekan berkenaan mengeluarkan api hasil
geseran motosikal dengan jalan. Berdasarkan komen kejadian dikatakan
baru berlaku tetapi tidak dinyatakan waktu dan kebanyakkan mereka
perserta lumba haram ini mengalami kecederaan dan ada yang parah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment