Tuesday, September 22, 2015
Pemuda MCA Boleh "Berambus" Dari BN Kalau Tak Sokong Perdana Menteri.. - KJ
Sudah la join parti Barisan Nasional (BN), lepas tu suka-suka hati pulak
membangkang itu ini… Lebih dahsyat apabila ‘penumpang’ itu tak sokong
apa yang dibuat oleh ketua BN tersebut. Aikkkkk macam mana kira tu??
Kalau dah tak sokong baik berambus je dari parti BN, buat apa nak
tumpang tapi menyusahkan orang betul tak??
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memberi amaran keras kepada Ketua
Pemuda MCA Pasir Gudang, Cia Chow Hui yang tak senang duduk tengok
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sebelum ini member
sokongan padu kepada Perhimpunan Rakyat Bersatu yang diadakan baru-baru
ni.
Ohhhhhh… Sebab tu la nak sangat putuskan hubungan dengan Najib, maybe
rasa macam menganiayai kaum sendiri kot noh yela perhimpunan tu kan
perjuangkan maruah orang Melayu bukannya Cina. So si Chow Hui ni mungkin
tanak orang Cina nampak yang pemuda MCA menyokong apa yang orang Melayu
buat.
“Pemuda MCA Kebangsaan perlu membuat siasatan mendalam ke atas ketetapan
Pemuda MCA Pasir Gudang seperti yang dinyatakan Chow Hui semalam dan
jika mereka masih mahu memutuskan hubungan dengan Najib, lebih baik
mereka keluar sahaja daripada BN.
“Kerjasama yang terjalin dengan parti komponen tersebut sejak sekian
lama boleh rosak dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab seperti
Pemuda MCA Pasir Gudang,” katanya.
Iyela… Buat malu BN je simpan orang macam ni, silap-silap boleh jatuh
kepercayaan orang Cina yang skong BN selama ni. Sementara itu, Ketua
Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin pula berkata pemud
MCA sepatut sedar dimana mereka berdiri sekarang ni, ukur baju di badan
sendiri sebelum nak persoalkan kreadibiliti orang lain.
Alahhhh dorang
sendiri pun tak dapat nak raih sokongan orang Cina terhadap BN, lepas tu
nak pertikai orang lain pulak.
“Kenyataan Chow Hui itu bersifat populis apabila mempersoalkan pendirian
Perdana Menteri terhadap perhimpunan baju merah sedangkan yang
sepatutnya dipersoalkan ialah pendirian Ketua Pemuda MCA, Senator Ching
Sin Woon yang secara terbuka menggalakkan ahlinya menyertai perhimpunan
Bersih 4 yang lalu.
“Dalam hal ini, Pemuda Kedah tidak teragak-agak untuk memutuskan
hubungan dengan Pemuda MCA sekiranya mereka tidak tampil
bertanggungjawab atas kenyataan berunsur penghinaan yang dibuat ahli
mereka,” katanya.
Sepatutnya Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai ambil tindakan
disiplin dekat ketua pemuda dorang ni daripada terus menerus
mempertikaikan tindak tanduk orang lain. Itu pun kalau dorang masih lagi
nak kerjasama dengan BN lah. Kalau semua dah berubah hati ke
pemerintahan ala-ala DAP.. So angkat kaki berambus jela haha...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment