Tuesday, September 22, 2015
Bunuh Anjing Liar - Guan Eng Kini Dikecam Pertubuhan Antarabangsa
Selepas teruk dikecam oleh rakyat di Pulau Pinang berkenaan isu pembunuhan
anjing liar di negeri ini, Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini memilih
untuk menyalahkan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Save Our Strays
(SOS) Penang dan NGO luar negara, Mission Rabies.
Guan Eng mendakwa dua NGO berkenaan sengaja mahu menjatuhkan imej
kerajaan DAP negeri apabila mendakwa pihaknya tidak memberi sebarang
respon terhadap usaha membasmi wabak penyakit anjing gila atau rabies.
Guan eng menyifatkan perkara itu sebagai tidak benar kerana kerajaan
negeri telah mengadakan perjumpaan bersama pengasas SOS, April Sham pada
Ahad lepas, selain mengadakan persidangan televideo dengan wakil
Perkhidmatan Veterinari Sedunia (WVS) bagi membincangkan penyelesaian
terbaik bagi mengatasi wabak itu.
“Saya kesal dengan kenyataan Mission Rabies kerana mereka merupakan
badan antarabangsa dan tidak harus mengeluarkan kenyataan tidak benar,”
katanya pada sidang media pada Selasa.
Langkah membunuh anjing-anjing jalanan di Pulau Pinang diumumkan Guan Eng pada Khamis lepas bagi mengawal merebaknya rabies.
Tindakan itu bagaimanapun dibantah oleh beberapa NGO yang turut
berhimpun di depan pejabat kerajaan negeri di KOMTAR pada Jumaat lalu.
Sebuah NGO Stop Killing, Start Vaccinating menyeru kerajaan negeri
supaya menghentikan aktiviti pelupusan anjing jalanan di sekitar Pulau
Pinang yang dianggap kejam.
“Kes ini bukanlah isu politik yang akan menaikkan populariti saya,
tetapi ia merupakan kes yang perlu ditangani dengan lebih serius kerana
ia melibatkan nyawa manusia, ” katanya Guan eng dengan angkuh.
Perbuatan Guan Eng yang mengawal wabak anjing gila di P.Pinang dengan
membunuh lebih dari 1000 ekor anjing liar, kini mendapat tentangan hebat
dari seluruh masyarakat. Malah kebanyakan rakyat negeri ini menganggap
Guan Eng lebih gila dari anjing yang dibunuhnya.
Walaupun terdapat vaksin yang mampu mengubati wabak berkenaan, Guan Eng
dan kerajaan negeri DAP lebih gemar memilih untuk membunuh seluruh
anjing liar di P.Pinang yang dianggarkan berjumlah 40 ribu ekor.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment