Tuesday, September 22, 2015

2,200 Belia Sertai Simposium Usahawan Internet 2015

KUALA LUMPUR : Lebih 2,200 belia menyertai Simposium Usahawan Internet 2015 di bangunan Matrade di sini, hari ini, bagi meninjau
peluang perniagaan menerusi internet.
http://www.enterwip.com/wp-content/uploads/2015/09/logoenterwipsmall02.png
Program julung kali dianjurkan Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM), bertujuan memperkasakan ekonomi belia bumiputera serta melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan warga Wilayah Persekutuan.

Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Adnan Md Ikshan berkata pihaknya pada mulanya hanya menyasarkan seramai 1,200 peserta namun jumlah kehadiran hampir dua kali ganda itu adalah satu kejayaan besar program berkenaan.
https://scontent.cdninstagram.com/hphotos-xfa1/l/t51.2885-15/s320x320/e35/11349254_386610461538779_2025061368_n.jpg
Beliau turut mengingatkan kecanggihan teknologi internet seharusnya dimanfaatkan masyarakat khususnya kalangan bumiputera kerana ia bukan sekadar bagi tujuan mengakses maklumat tetapi turut menjadi platform perniagaan.

“Kementerian menyediakan platform asas kepada semua peserta hari ini untuk menceburi bidang perniagaan dalam dunia tanpa sempadan ini. Sekiranya dimanfaatkan dengan baik, ia pasti memberi pulangan berfaedah bagi kita,” katanya pada sidang media selepas perasmian program itu di sini, hari ini.

Selain memberi pendedahan mengenai peluang serta potensi perniagaan internet, simposium sehari itu turut membolehkan peserta berinteraksi secara langsung dengan pengusaha-pengusaha bumiputera dalam internet yang berjaya.

Sementara itu, Presiden PUIM Mohd Azrul Mohd Nor berkata dengan angka kehadiran 2,200 peserta, program berkenaan mampu melahirkan sekurang-kurangnya 500 usahawan.

“Kami turut menyediakan satu lagi acara iaitu ‘Program Cyberbest’ yang akan diadakan pada tahun depan yang mana sasaran pesertanya adalah seramai 5,000 usahawan,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment