Friday, September 25, 2015

Dari Mekah: Rempuhan di Mina, Pengalaman dan Pemerhatian

Sekurang-kurangnya 717 orang jemaah haji maut ma­na­­kala 863 lagi cedera dalam kejadian rempuhan di Mina hari ini, yang merupakan kejadian terburuk selepas tragedi terowong Muassim yang menghubungkan Mekah dan Mina runtuh pada 1990. AL-Fatihah.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQTrxFeoZ2io_luSayuu79ZzX7WzCF-MN6rY2QfgAGO-dT6553P_ZkS6eUXEEZtI0TY_go3bHLpgtHxRgSYkvb6cTO7o6pdblPT_oMEO1E8hGHxS_IHXgdumhIlqxRdv8C3RH-6izBmhU/s640/CPqDGAmUEAA7Fmo.jpg
Pada pandangan saya, boleh dikatakan Kerajaan Arab Saudi telah buat yang terbaik, hampir 90%. Tapi sikap jemaah dari sesetengah negara yang tidak mengikut arahan pihak berkuasa menjadi punca. Mereka gopoh, tidak sabar dan pentingkan diri sendiri. 

Kebanyakannya mereka ini jemaah dari India, Pakistan dan negara-negara afrika.

Mereka suka membuat halangan (duduk, berkumpul dan tidur) di tempat laluan ramai. Suka berjalan melawan arus (musim haji laluan pejalan kaki dibuat dua hala di kawasan-kawasan ibadat)dan membawa beg-beg besar bersama, tolak-menolak di belakang.

Jemaah India dan Pakistan, jika tawaf tangan mereka akan berkepak-kepak. Selain itu suka berkumpul dan membuat halangan di tempat laluan ramai. Bila pihak berkuasa larang mereka buat bodoh sahaja dan kemudian bertekak-tekak pula.

Jemaah Afrika dalam kategori gopoh. Dengan badannya yang sasa mereka tolak orang di hadapan sesuka hati untuk potong ke depan. Jemaah Turki pula suka buat rantaian dalam kumpulan yg besar kerana takut kumpulan mereka berpecah.

Jemaah Indonesia, Malaysia, Thailand, China, negara-negara Eropah dan Rusia jauh lebih berdisiplin. Kalau ada sedikit sebanyak masalah di pihak berkuasa Saudi pun, adalah masalah komunikasi kerana mereka hanya bercakap dalam bahasa arab sahaja.

Saya dan ibu ada pengalaman dirempuh beberapa malam lepas di kawasan Masjidil Haram. 

Saya menolak ibu saya ikut laluan sehala yg ditetapkan. Namun terdapat jemaah laluan bertentangan sedang bertekak dengan polis minta buka pagar berkenaan. Mereka tidak mahu ikut laluan sehala yang ditetapkan atas alasan jauh. 

Akhirnya mereka rempuh halangan pihak berkuasa. Serbu masuk ramai-ramai. Bayangkan dengan badan orang afrika yang sasa itu keliling kita dan mereka tolak-menolak untuk ke depan. Kita yangg di depan tersepit kelemasan.

Saya ketika itu hanya memikirkan nasib ibu saya yang berada di atas kerusi roda. Alhamdullilah dapat lepas juga dari keadaan tersebut dengan selamat. 

Coretan : Faizal Rohban

No comments:

Post a Comment