Thursday, September 24, 2015
Alahai... Mengharap Pakatan Yang 'Semua Bisa Diatur'...
Entah le...dengar cerita ramai yang dok sembang gelak sakan dan tidak
kurang juga yang pening lalat melihat silat kuntau dalam gelanggang puak
pembangkang.
Kita cukup faham dalam politik tidak ada yang mustahil...tidak ada kawan
yang kekal dan tidak ada musuh yang kekal.Apa yang ada ialah matlamat
bersama.The end justify the mean,ibarat kata orang putih.
Pembentukan rasmi Pakatan Harapan yang hanya dianggotai PKR,DAP dan
Parti Amanah atau ada yang sebut Pakatan2.0 bukanlah satu kejutan.Itu
sudah dijangka sejak geng Mat Sabu yang kalah teruk bercerai kasih
dengan PAS.
Drama PAS nak terus memeluk erat PKR dan juga DAP nak terus bergayut
pada PKR agar kongsi kuasa mereka dalam kerajaan Selangor tidak terjejas
juga sudah dijangka.
Untuk waktu ini nampaknya Azmin Ali boleh tidor lena kerana jangkaan
ramai sebelum ini kerajaan pimpinannya akan berantakan tidak menjadi.
Kalau mengikut sifar lojik politik macam mana PAS dan DAP nak duduk
semeja memerintah kerajaan sedangkan masing-masing secara terbuka sudah
umum mereka saling tidak boleh pandang satu sama lain sebelah mata.
Lebih teruk adanya puak Parti Amanah pimpinan Mat Sabu dalam Pakatan
Harapan yang pasti macam DAP akan terus berperang dengan PAS.
Diatas kertas senario semasa ialah untuk kerusi Dewan Undangan Negeri
Selangor ialah PKR 13 kerusi,DAP 15 dan Parti Amanah ( Hulu Klang dan
Morib) 2.Semuanya 30 kerusi.
PAS pula tinggal 13 kerusi.
Jika nak congak PAS dalam kumpulan sebelah sini bersama BN 12 dan Bebas Tan Sri Khalid Ibrahim ada 26 kerusi.
Namun atas dasar formula sendiri-sendiri Azmin kata Pakatan Harapan
tidak ada kena mengena dengan kerajaan Selangor maka semuanya kekal
seperti biasa.
PAS kini ada tiga Exco dalam kerajaan Negeri Selangor.
Isu yang buat geng-geng di kedai kopi gelak sakan dan dok pening lalat
bercakap pasal silat kuntau pembangkang ialah apa harapan yang dapat
diletakan pada sistem kongsi kuasa yang cacamarba ini.
Imbas kembali gabungan Barisan Nasional sejak penubuhannya tidak pernah lalui detik semacam ini.
Memang ada dari masa ke semasa kalangan parti komponen saling tembak
menembak kerana isu politik tertentu.Namun tiada parti komponen yang
isytihar kau musuh aku dan aku musuh kau...tetapi tetap nak duduk
sebumbung.
Situasi dalam pembangkang nyata amat rapuh dan boleh meletup bila-bila masa.
Bukat setakat itu terbukti kata-kata mereka memang tidak boleh dipegang langsung.
Contoh jelas wakil rakyat PAS yang baiah sebelum bertanding pilihanraya
nak lepaskan jawatan jika berpindah parti,dengan mudah tidak kotakan
janji itu.
Manakala di Kelantan,masing-masing cari berbagai alasan tidak mahu pegang pada baiah nak cerai isteri.
PAS tembak DAP dan DAP tembak PAS tapi bila datang fikir bab kuasa macam di Selangor...pendirian tolak sebelah.
Ini belum cakap lagi bab Hudud dan bab PAS kata nak bertanding dalam kawasan DAP pada pilihanraya umum akan datang.
Bayangkan situasinya - jika misalnya - pembangkang menang pilihanraya umum ke 14.
Satu...Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sah-sah diputuskan oleh mahkamah
meliwat orang dan kini sedang berehat dalam penjara nak dijadikan
Perdana Menteri.
Lawak memang lawak...kalau jadi, ini kali pertama dalam sejarah Perdana Menteri Malaysia seorang peliwat.
Bagaimana pula tentang pembahagian jawatan kabinet segala macam serta dasar kerajaan itu.
Siapa Timbalan Perdana Menteri?...apakah Datuk Seri Haji Hadi Awang...atau Mat Sabu atau Lim Guan Eng?
Mahukah Hadi Misalnya terima Guan Eng atau Mat Sabu Timbalan Perdana Menteri dan sebaliknya.
PAS tidak sebulu dengan DAP dan Parti Mat Sabu dan begitu juga sebaliknya.
Juga..apa kata waktu itu PAS hentak kaki tetap mahu Hudud digunapakai di Malaysia?
Siapa yang pernah tengok filem 'Keluarga 69' boleh bayang balik
bagaimana Allahyarham Tan Sri P Ramlee tepuk dahi bengong melihat dia
kahwin mak dan bapanya kahwin anak.
Sudah itu isterinya dan isteri bapanya adalah bekas isteri dan anak kepada orang gajinya.
Itu baru sebuah keluarga...ini kisah nak perintah negara.
Kalau seorang peliwat sudah set hendak diletak sebagai Perdana Menteri
jika pembangkang menang PRU14, siapa tahu... mungkin Anwar,Wan
Azizah,Azmin,Mat Sabu dan Guan Eng cukup konfiden 'semua bisa diatur'.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment