Tuesday, September 22, 2015
Lembaga Disiplin Perlu Segera Pecat Saifuddin Dari UMNO
Datuk Saifuddin
Abdullah mengakui bahawa beliau hadir dalam program perasmian gabungan
pembangkang baharu iaitu Pakatan Harapan. Namun beliau menegaskan yang
kehadiran beliau ke sidang meja bulat tersebut atas kapasiti sebagai
badan bukan kerajaan (NGO) Akademi Belia.
Siapa yang cuba diperbodohkan oleh
Saifuddin sebenarnya? Umum mengetahui bahawa hanya NGO yang menyokong
pembangkang sahaja akan hadir dalam program besar pakatan pembangkang.
Agak mustahil bagi NGO yang pro kerajaan
menghadiri detik-detik penting pakatan pembangkang memandangkan visi
utama mereka adalah menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.
Adakah Saifuddin cuba memberitahu kita bahawa beliau mewakili NGO yang menyokong pembangkang? Kami menunggu jawapan dari beliau.
Dengan itu kami menggesa agar Lembaga
Disiplin UMNO memecat Saifuddin dengan kadar segera. Semua gunting dalam
lipatan perlu disingkirkan. UMNO tidak perlu lagi mendukung biawak
hidup. Ini masa untuk UMNO bergerak maju kehadapan bagi memastikan
keamanan dan kemakmuran negara dapat dicapai dan dipertahankan.
Sebelum ini Setiausaha Agung Umno Datuk
Seri Tengku Adnan mengatakan, mana-mana pihak tidak sepatutnya membuat
kesimpulan sendiri sementara menunggu laporan penuh siasatan berkenaan
Saifuddin Abdullah yang menghadiri program perasmian gabungan
pembangkang baharu, Pakatan Harapan.
“Kami akan siasat hal itu sebelum ambil tindakan,” kata Tengku Adnan.
Saifuddin menggunakan alasan hadir ke
program pelancaran Pakatan Harapan, kononnya atas kapasiti sebagai ketua
pegawai eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM). Manakala
Ku Nan, pula tidak menyatakan sama ada tindakan Saifuddin itu melanggar
disiplin parti walaupun hadir bukan atas kapasiti sebagai seorang ahli
Umno.
Tiga parti pembangkang terdiri daripada
PKR, DAP dan parti baharu serpihan PAS, Parti Amanah Negara (Amanah),
secara rasmi membentuk Pakatan Harapan selepas Pakatan Rakyat berkubur
dalam usaha mereka menghancurkan UMNO dan Barisan Nasional.
Oleh itu, tindakan Saifuddin tersebut
dilihat sebagai satu tindakan yang mengkhianati parti. Sebelum ini
beliau juga lantang lantang mengkritik pemerintah Barisan Nasional.
Berdasarkan logik akal maka sewajarnya lah pihak Lembaga Disiplin UMNO
memecat Saifuddin dari parti.
Kita akan dapat lihat dengan lebih jelas
wajah sebenar Saifuddin apabila beliau dipecat dari UMNO. Sebagaimana
yang kita dapat lihat perjuangan rapuh Tan Seri Muhammad Bin Muhammad
Taib yang melompat dari satu parti ke parti yang lain dan tercari-cari
siapa yang mampu menjaga kepentingan peribadi mereka.
Sudah sampai masanya UMNO membersihkan
parti dari parasit yang sentiasa merosakkan UMNO dari dalam.Langkah ini
dilihat wajar bagi memastikan kesinambungan UMNO sebagai tonggak Barisan
Nasional yang menjaga kepentingan orang Melayu dan agama Islam dalam
negara kita.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment