Tuesday, September 22, 2015

Pakatan Harapan Janji Akan Jadikan Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri

Persidangan meja bulat bagi membentuk pakatan rakyat baharu yang telah diadakan pagi ini di sebuah hotel di Subang Jaya yang dipengerusikan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tempang dengan ketidakhadiran Pas kedalam mesyuarat tersebut.

Dengan ketidakhadiran Pas ke mesyuarat tersebut membuktikan Pas berpegang dengan pendiriannya tidak mahu bekerjasama dengan pengkhianat yang berada dalam gabungan tersebut dan tidak akan bekerjasama dengan parti yang tidak memahami dasar perjuangan parti Islam itu.

Dengan ketidak hadiran Pemimpin Tertinggi Pas ke persidangan yang diadakan pagi tadi, sudah pasti membuatkan PKR tidak senang duduk kerana mereka masih mengharapkan Pas untuk bersama mereka bagi memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Jika itu menjadi PKR tidak senang duduk, sebaliknya, DAP dan Amanah berasa lega apabila parti Islam itu benar-benar tidak hadir ke persidangan tersebut dan tetap dengan pendirian mereka untuk tidak bersama gabungan parti pembangkang.

Ia jelas menunjukkan satu langkah positif yang ditunjukkan Pas kepada parti pembangkang yang lain bahawa parti Islam itu tidak 'kelaparan' untuk bersama mereka bagi memenangi PRU14 kelak.

Persidangan meja bulat itu dihadiri PKR yang dipimpin Dr Wan Azizah yang disertai Timbanlannya, Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung Rafizi Ramli.

Amanah yang dipimpin presidennya Mohamad Sabu turut disertai Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung Anuar Tahir dan Ahli Jawatankuasa Dr Mohd Hatta Ramli.

DAP pula dipimpin Ketua Parlimen Lim Kit Siang tanpa kehadiran Setiausaha Agung Lim Guan Eng. Turut bersama ialah Tan Kok Wai, Liew Chin Tond dan Anthony Loke.

Turut hadir mewakili NGO pada sidang yang bakal menentukan hala tuju gabunganpembangkang menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ialah Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin dan juga pendakwah Abdul Ghani Shamsudin.

Dalam mesyuarat tersebut parti gabungan itu turut memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun untuk dijadikan Perdana Menteri jika pakatan 2.0 itu berjaya memenangi PRU14 nanti.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment