Thursday, September 24, 2015
Fakta.. Tanpa UMNO Melayu Akan Di Bangsatkan !!
Bukan main lagi sensitif apabila Najib menyatakan, tanpa UMNO, Melayu
akan menjadi BANGSAT. Ramai yang menyatakan ketidakpuasan hati berhubung
penggunaan perkataan tersebut. Mereka lebih senang menerima perkataan
BODOH, RASUAH, PENYELEWENG, RASIS dan sebagainya berbanding BANGSAT.
Malah mereka tidak akan memberikan sebarang reaksi apabila Melayu
dikaitkan dengan lembu atau babi. Tetapi sangat meloncat dan bimbang
sekiranya perkataan BANGSAT akan menjadi perkataan trending yang akan
menjadi sangat popular.
Hakikatnya, BANGSAT adalah bermaksud 'tiada tempat tinggal' atau
'berkelana' atau 'bertebaran mengembara' dan dalam pengertian masakini,
dihalau keluar dari tempat tinggal dan mencari-cari tempat tinggal baru
tanpa ketentuan. Ia samalah seperti era 1930-an apabila ramai masyarakat
India dan Cina bangsat ke Tanah Melayu dan sekarang menjadi keturunan
yang merupakan sebahagian daripada struktur negara ini.
MELAYU TERBANGSAT tanpa UMNO yang berkuasa terbukti di Batu Feringgi,
Pulau Pinang hari ini. Pemusnahan 66 buah rumah, malah difahamkan
melibatkan lebih 1000 keluarga adalah bukti sebenar kepada kenyataan
Melayu Terbangsat. Kesemua mereka yang dibangsatkan terdiri daripada
orang Melayu. Mereka dipaksa menjadi bangsat apabila rumah dan kediaman
mereka dirobohkan tanpa sebarang pampasan, tanpa sebarang bantuan dan
tanpa sebarang rumah ganti.
Adalah difahamkan perkampungan tersebut dihuni oleh keturunan pahlawan
dan kerana itulah, mereka akan mempertahankan kewujudan kampung mereka
sehingga ke titisan darah yang terakhir. Mereka adalah keturunan
daripada perajurit-perajurit yang berkhidmat untuk Sultan Kedah sebelum
kedatangan Francis Light di Pulau Pinang. Sultan Kedah pada waktu itu
telah membenarkan mereka tinggal di pulau tersebut yang merupakan
sebahagian daripada negeri Kedah. Perkampungan tersebut merupakan
perkampungan Melayu terakhri di Batu Feringgi, yang menjadi idaman DAP
semenjak mereka berjaya merampas Pulau Pinang daripada Barisan Nasional
pada tahun 2008.
Bagi yang tidak faham istilah dan pengertian BANGSAT selain daripada
maksud pertama yang popular dan seringkali digunakan, apa yang berlaku
di Pulau Pinang hari ini adalah maksud sebenar perkataan BANGSAT yang
kerapkali digunakan oleh masyarakat Melayu di sebelah utara
Semenanjung..
Sedih bila membayangkan nasib Melayu bila UMNO dah hilang kuasa.. senang-senang saja kena halau.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment