Thursday, September 24, 2015
Pada Muka Suaminya..... Penahanan Semula Suami Sudah Dijangka - Umie Aida
PETALING JAYA : Isteri kepada Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Datin
Umie Aida Rahmat sudah menjangkakan suaminya itu akan ditahan semula
sejurus dibebaskan daripada tahanan reman.
"Benar sungguh naluri ku... apa yang bakal terjadi. Abang telah
dibebaskan dari akta 124C... tak sampai 5 minit abang ditahan semula
untuk Akta 124K & 124L. Subhanallah... #staystrong," tulis Umie di
laman Facebook miliknya.
Malah, Umie turut memuat naik gambar suaminya ditemani peguam Matthias Chang.
Khairuddin ditahan semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) pada petang Rabu, hanya beberapa
minit selepas dibebaskan daripada tahanan reman.
Peguamnya, Matthias Chang berkata, Khairuddin telah dibebaskan daripada
tahanan reman di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada pukul 4
petang.
Bagaimanapun, bekas pemimpin Umno itu ditahan semula kerana kesalahan
mengikut Seksyen 124k dan 124L Kanun Keseksaan iaitu berkaitan
mensabotaj negara.
"Sebaik berjalan keluar dari mahkamah, Khairuddin ditahan semula dan
kini dibawa ke Balai Polis Dang Wangi," katanya ketika dihubungi mStar
Online di sini, Rabu.
Mengikut Sosma, Khairuddin boleh ditahan tanpa bicara sehingga 29 hari.
Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu ditahan Jumaat dan direman
enam hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan
kerana dipercayai mengancam demokrasi berparlimen.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment