Thursday, September 24, 2015

Pakatan Baru Yang Cuba Memperbodoh Rakyat Dengan Harapan Palsu

EDITOR MENULIS...
24 SEPTEMBER 2015
Baru-baru ini, parti-parti pembangkang negara kita mengumumkan gabungan baru mereka setelah gabungan haram sebelum ini yang diberi nama Pakatan Rakyat telah berkubur. Gabungan baru kali ini pula diberi nama Pakatan Harapan.

Ketika mengumumkan penubuhan Pakatan Harapan yang berstatus 'haram' sebagaimana Pakatan Rakyat sebelum ini, Pengerusinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memberitahu bahawa objektif ia ditubuhkan hanyalah untuk merampas tampuk pentadbiran negara dari Barisan Nasional (BN). Itu saja tujuan ia ditubuhkan.

Katanya, jika berjaya 'menjajah' Malaysia bersama DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah - juga berstatus 'haram' kerana belum sah berdaftar dengan RoS), mereka akan melantik suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Untuk rekod, Anwar sudah dua kali jadi banduan atas kes jenayah yang terbukti tanpa ragu di mahkamah.

Perlu juga diberi perhatian bahawa gabungan blok pembangkang yang baru ini tidak membabitkan PAS.

Ini adalah kerana PAS enggan bekerjasama dengan DAP yang sebelum ini bermati-matian menghina, mengherdik, mempersenda, mengutuk, memaki hamun dan mencerca PAS serta Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain itu, PAS juga menegaskan bahawa mereka tidak mahu lagi bekerjasama dengan pengkhianat parti mereka. Mereka bukan saja melanggar sumpah bai'ah, malah tidak tahu malau apabila enggan meletak jawatan wakil rakyat yang diperoleh atas tiket PAS pada PRU ke-13 yang lalu.

Sekiranya diteliti satu persatu, gabungan parti pembangkang kali ini boleh dikatakan yang paling kotor dalam sejarah negara. Bukan saja kualiti pemimpin, malah dasar-dasar mereka amat teruk sekali jika diulas satu persatu.

Cuba lihat Anwar. Dia dua kali terbukti melakukan jenayah. Jika jenayah ringan, bolehlah dimaafkan. Tapi dia terbukti melakukan jenayah yang amat memalukan bersabit moral dan tabiat songsang yang langsung bertentangan dengan Islam. Malu saya untuk menyebut kesalahan dan dosanya itu. Jijik menulisnya!

Soalnya, dia yang mahu dijadikan Perdana Menteri? Sekiranya itu berlaku, jangan hairan sekiranya suatu hari nanti Malaysia akan menghalalkan LGBT. Jangan hairan jika Islam dan Melayu Bumiputera nanti sama tarafnya dengan golongan bumiputera. Jangan terkejut nanti ada lagi anak muda 'jambu' yang 'bolos di belakang' tiba-tiba.

Sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri, apakah rakyat fikir dia yang akan memerintah? Kuat sangatkah PKR berbanding DAP? Sekiranya dilihat pada kerusi Parlimen kini, kerusi DAP jauh lebih banyak berbanding PKR yang 'ciput' sahaja.

Jadi, saya yakin bahawa mahu tidak mahu, Anwar terpaksa melantik ramai di kalangan ahli parlimen DAP sebagai menteri-menteri kabinetnya. Bila mesyuarat kabinet, apakah PKR akan akan mendapat kuasa majoriti yang menentukan dasar negara? Jangan mimpilah!

Lagipun, saya yakin bahawa dakwaan mendiang Karpal Singh bahawa dia memiliki banyak bukti-bukti yang mengesahkan Anwar sebagai penjenayah songsang pada kes pertama dulu masih lagi berada di dalam simpanan parti 'chauvinis ultra kiasu' itu. Bila-bila saja mereka boleh 'cucuk hidung' Anwar, bukan?

Malah dari sudut lain, jika DAP lebih banyak menguasai Parlimen berbanding PKR dan Amanah nanti, penulis yakin bahawa siapa yang menjadi Perdana Menteri akan menjadi 'boneka' parti itu. Mereka boleh ugut undi tidak percaya pada bila-bila masa saja kerana majoriti di tangan mereka, bukan?

Justeru itu, secara tidak langsung, DAPlah yang memegang kuasa. Anwar cuma boneka sahaja, bukan? Pada pandangan saya, DAP sengaja membiarkan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri supaya parti mereka dilihat 'tidak rasis'. Malah, Anwar juga akan dipersalahkan jika dia melaksanakan apa yang DAP suruh nanti, bukan?

Apa yang bakal DAP suruh Anwar buat? Cuba teliti perlembagaan DAP. Cuba fahamkan tentang terma 'kesamarataan hak' agama dan bangsa. Fahami betul-betul dan cuba bayangkan apa yang berlaku jika 'kesamarataan hak' itu dilaksanakan.

Ketika itu jangan menangis jika Islam itu hilang istimewanya dikerjakan Guan Eng. Jangan meraung jika hak Melayu dan Bumiputera lesap dilenyapkan Kit Siang. Jangan teresak-esak jika semua perlembagaan yang menjaga kepentingan Islam dan Melayu dipinda demi 'kesamarataan hak' itu!

Ketika itu, sudah tidak berguna lagi untuk menangis. Airmata darah sekali pun tidak akan memberi kesan pada DAP, PKR mahupun Amanah. Mereka ketika itu mungkin sedang gembira bermaharajalela ketawa terbahak-bahak melihat kita berjaya diperbodohkan dengan sebegitu mudah sekali.

Pada pandangan saya, di situlah kebijaksanaan para kepimpinan ulama PAS. Mungkin mereka lebih awal menghidu perancangan busuk DAP, PKR dan Amanah itu. Lantas mereka menarik diri dari terus menjadi 'keldai' kepada petualang yang bakal meranapkan sebuah negara Islam yang sering menjadi contoh negara Islam lain di luar sana.

Mungkin kerana itulah mereka enggan bersekongkol dengan parti yang menolak Islam secara 'legitimate'. Mungkin kerana itulah mereka enggan bersama dengan parti 'dua alam' yang mampu bertukar warna seperti 'sesumpah'. Malah mungkin kerana itulah mereka enggan bekerjasama dengan pengkhianat yang mungkir janji mereka pada Allah!

Soalnya, apakah rakyat Malaysia akan menyokong Pakatan Harapan 'Palsu' itu? Pada pandangan penulis, bagi golongan bukan Melayu yang terpengaruh dengan agenda rasis dan 'janji bulan bintang', mereka akan menyokong gabungan haram tersebut. Begitu juga dengan beberapa Melayu 'Si Kitul' yang bersama Amanah, asalkan dapat jawatan, mereka rela apa saja.

Namun saya yakin bahawa masih ramai lagi rakyat Malaysia sama ada Melayu, Cina, India, Sikh, Iban, Melanau, Bidayuh, Kadazan dan etnik-etnik lain yang masih berpegang pada prinsip menolak pengaruh negatif yang dianjurkan Pakatan Harapan 'Palsu' itu.

Pada pandangan saya, sekiranya kita berpegang pada Islam, prinsip kontrak sosial, konsep jus soli, saling hormat menghormati dan faham memahami antara satu sama lain, biarlah ditubuhkan 1,000 gabungan pembangkang sekali pun, jangan haraplah kita akan terpengaruh dengan mereka!!

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMoEhF9SBhGuMMWIV247Ei5tk94Gj0YZzzVJ89eF5zV2i_PTSXZix083XM6cNxgxRKqJVlk_dzM3qh_CPVXlkPkZB0_x5juQCeaPmBKncSpi1G3uh1xNh8OkMjfbMkCEyrUxxs6QiNXbsi/s1600/Debat+93.JPG
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment