Thursday, September 24, 2015
Betul Ke Anwar Ibrahim Calon Perdana Menteri Pilihan Rakyat?
Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain adalah merupakan seorang penganalisis
politik, apa yang menariknya.. Prof Madya sendiri pun nak tergelak bila
dengar yang Pakatan Harapan membuat keputusan masih lagi mahu
mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Itu pun kalau pakatan yang baru ditubuhkan itu menang pada Pilihan Raya
Umum ke14 (PRU14) nanti. Hahaaa.. Mana tak kelakarnya kalau Anwar bakal
dibebaskan dari penjara kurang dari lima tahun lagi.. maknanya tahun
2020 tapi PRU14 pula akan diadakan selewat-lewatnya tahun 2018.
Kahkahkah… Ader ke seorang Perdana Menteri memerintah dari dalam penjara Sungai Buloh?? Eshhhh buat lawak sungguh aih dorang ni.
“Adakah mereka akan membebaskan Anwar dari penjara sekiranya berkuasa?.
Tetapi harus diingat Anwar perlu menunggu lima tahun lagi untuk layak
bertanding pada pilihan raya,” katanya.
Tambah Pensyarah kanan di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu lagi, ada
ka rakyat Malaysia yang mahu Perdana Menteri yang ada rekod jenayah
lampau memimpin negara dorang. Bukan sekali tau masuk penjara.. Tetapi
dua kali bebbb! Eshhhhh rosak habis la negara huhu.
Walaupun pakatan pembangkang sudah tukar nama baru tapi mentaliti dan
kotak pemikiran dorang masih lagi di takuk lama. Mana tidaknya kalau
terus terusan jadikan Anwar Ibrahim sebagai tunjang dorang untuk meraih
sokongan, yela dia kan banyak pengaruh haha banyak ke??
“Ternyata mereka tidak mempunyai calon lain dan masih mengharapkan
pengaruh Anwar. Gerakan reformasi yang sudah berlangsung sejak 1998
sewajarnya memikirkan calon alternatif.
“Sudah tiba masanya Pakatan Harapan mengenengahkan pemimpin baharu bukannya pemimpin kitar semula.
“Ini juga bermakna DAP Harapan mengakui hakikat kepimpinan Melayu tetapi hanya terbatas dengan faktor Anwar sahaja,” katanya.
Nampak tak tujuan sebenar pakatan baharu tu ditubuhkan adalah hanya
untuk memberi nyawa kepada Anwar Ibrahim untuk mencapai cita-citanya
menjadi Perdana Menteri. Haishhhh cari cita-cita lain jela Anwar oiii…
Tak layak buat jela cara tak layak.. Ukur baju dibadan sendirila...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment