Wednesday, September 23, 2015
Balqis Hijjas Bakal Didakwa Kerana Lepaskan Belon BERSIH Terhadap PM
Akibat berkelakuan menghina, anak perempuan kepada arkitek Hijjas
Kasturi, Bilqis Hijjas bakal didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan
Kecil, kerana melepaskan belon Bersih 4 dari tingkat atas dalam satu
majlis yang dihadiri oleh perdana menteri dan isterinya pada bulan lalu.
Balqis yang berusia 35 tahun itu akan dihadapkan ke mahkamah majistret
esok atas tuduhan "berkelakuan menghina".
Dia yang juga merupakan seorang penari akan diwakili peguam Michelle
Yesudas.
Sementara itu, geng-geng Bersih menyokong tindakan Bilqis yang
berkelakuan menghina. Lepas tu boleh pulak mengutuk keputusan mahkamah
yang mendakwa anak arkitek tu. Eshhhhh pelik!
“Bersih mengutuk pendakwaan ke atas Balqis sebagai satu bentuk hukuman
bagi kesalahan tidak masuk akal buat seorang perempuan muda sewaktu
penyangak sebenar yang menyonglap kekayaan negara dibiar bebas tanpa
risiko tindakan undang-undang," kata jurucakap Bersih.
Kejadian tersebut berlaku pada 31 Ogos yang lalu dimana Bilqis
melepaskan belon bertulisan “democracy”, “free media”dan “justice” dari
tingkat 5 kompleks membeli-belah Pavillion Mall di Kuala Lumpur. Turut
hadir Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Belon-belon tersebut kemudiannya mendarat di belakang layar televisyen
gergasi acara itu.
Selepas kejadian tu, Bilqis terus ditangkap polis bantuan kompleks dan diserah ke balai polis Dang Wangi bagi tindakan lanjut
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment