Tuesday, September 22, 2015
Apa Kata Si Salahuddin Ayub.... ???
Kata si Salahuddin Ayub, dengan ini, Amanah, PKR, DAP bersama
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-pembangkang akan mempercepatkan lagi
penubuhan muafakat baharu itu tanpa PAS.
“Amanah mengulangi pendirian dan komitmen bahawa kami akan bersama
dengan tuntutan rakyat untuk bersama dalam pakatan baharu pembangkang
bagi membawa perubahan politik,” katanya dalam satu kenyataan di sini
hari ini.
Salahuddin mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
yang menegaskan kerjasama politik parti itu hanya bersama PKR.
Kenyataan Abdul Hadi itu sekali gus menolak kemungkinan PAS akan
bekerjasama dalam pakatan baharu pembangkang yang turut dibarisi Amanah
dan DAP.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment