Wednesday, September 23, 2015
Mufti Perak Desak Kerajaan Hapuskan Sekolah Jenis Kebangsaan
Pemansuhan sekolah vernakular dilihat mampu mengurangkan masalah perbalahan kaum yang semakin meruncing sejak kebelakangan ini.
Pendapat tersebut disuarakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang
menegaskan cadangan tersebut telah dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak dan menteri Kabinet yang lain.
Begitu pun, katanya, disebabkan kaum lain minta supaya perkara itu
ditangguhkan, maka sehingga kini sekolah-sekolah tersebut masih
beroperasi.
“Yang jadi masalah, saya dah tegur daripada dulu, saya dah jumpa perdana
menteri dan saya dah jumpa menteri semua. Saya kata, masa kemerdekaan
dulu, perjanjiannya sekolah hanya satu iaitu sekolah kebangsaan.
“Sekolah Cina akan ditutup dalam masa enam bulan, sekolah India juga
akan ditutup dalam masa enam bulan. Semua bersetuju pada masa itu.
Tetapi oleh kerana Cina minta tangguh, kita pun kata ya, ya, ya sampai
sekarang,” tegasnya.
Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menyempurnakan Majlis
Perasmian Semula Surau dan Rumah Suluk, Kampung Temong Hilir, Chenderoh,
semalam.
Harussani berkata, sekiranya hanya ada satu sekolah, masyarakat bukan
Melayu di Malaysia akan menjadi seperti masyarakat di Indonesia dan
Thailand yang bertutur menggunakan bahasa kebangsaan.
Mengambil contoh senario berlaku di Singapura, pembubaran sekolah Melayu
dan Cina menyebabkan peradaban rakyat di sana lebih baik berbanding
rakyat di negara ini.
“Di Singapura hanya ada satu sekolah iaitu sekolah Inggeris. Sekarang
mereka sudah tiada beza, fikiran mereka juga sama, sebab itu ada
hormat-menghormati.
“Cuma di sana, nampak Melayu diketepikan apabila mereka meminta kerja.
Biasanya mereka memilih orang yang berkelulusan lebih tinggi dan
lazimnya memang Cina yang lebih tinggi akademiknya.
“Peradaban dan akhlak di sana cukup terpelihara tapi kita di sini ada
apa? Bila guru nak ajar sikit, ibu bapa marah. Ini semua salah kita
kerana peraturan kita tidak betul,” katanya.
Dalam pada itu, Harussani juga mempersoalkan tindakan pemimpin kerajaan
yang seakan-akan memberi muka kepada bangsa lain untuk memerintah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment