Thursday, September 24, 2015
PAS Tidak Tolak Kemungkinan Kerjasama Dengan UMNO... Jom Sokongan Kita
"Terlalu awal untuk berbuat begitu (berbincang dengan Umno) tetapi ia
tidak mustahil," demikian ulas seorang pemimpin kanan Pas bila ditanya
kewujudan pakatan baru, Pakatan Harapan yang diputuskan kelmarin.
Pemimpin kanan Pas itu berkata dalam politik tidak ada sebarang kemustahilan.
"Iya memang ada..." katanya apabila disoal apakah benar Pas sudah
merancang untuk berbincang secara serius dengan Umno bagi bekerjasama
dalam pilihan raya akan datang.
"Enta pun dah tulis dan semacam besetuju kalau Umno berkerjasama dengan Pas, baiklah tu..." ujarnya lagi cuba mengelak.
"Saya tidak boleh bagi tahu kerana ini rahsia, kalau enta nak tembak silakan," kata pemimpin itu lagi.
Tegasnya beliau tidak menolak kerjasama dengan Umno tetapi tidak mahu mengesahkan.
"Tidak boleh sahkan, tidak boleh.." begitulah kata pemimpin itu apabila
dijolok apakah benar sudah ada perbincangan sulit dilakukan pemimpin
tertentu dengan Najib Razak dan Zahid Hamidi.
Adalah dipercayai sehari dua lagi akan ada perkembangan yang bakal
mengejutkan pemerhati politik dengan tindakan Pas ini serta membolehkan
orang membaca peta politik Pas.
Keadaan hari ini dalam Pas sudah tidak ada orang yang bercanggah
pendapat atau pun yang menentang kalau rancangan kerjasama Pas - Umno
itu diadakan.
Sebelum ini Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan kuasa penentang
kerjasama itu. Kemudian dengan terkeluarnya golongan profesional yang
menentang kerjasama Umno - Pas, apabila kalah dalam pemilihan pada
muktamar lalu, kini tinggal dalam Pas semua mereka yang suka kalau parti
agama itu bekerjasama dengan Umno.
Kerjasama penting dan diperlukan bagi sesetengah pihak dalam Pas bagi
mengekalkan status quo yang ada serta mendapat manfaat peribadi dengan
kuasa yang dipegang Umno sebagai tunggak kerajaan.
Dalam pada itu difahamkan Pas sedang mencari hujah dan dalil kukuh kenapa mereka perlu berkerjsama dengan Umno.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment