Wednesday, September 23, 2015
Dr Tan Harus Tuntut Siasatan Penuh Mengenai Kebocoran Dokumen PAC – 1MDB
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang
Negara (PAC) Dr Tan Seng Giaw seharusnya menuntut agar siasatan penuh
dan telus mengenai bagaimana dokumen sulit PAC berhubung 1Malaysia
Development Bhd (1MDB) boleh jatuh ke tangan penerbitan media asing.
1MDB dalam kenyataan di sini hari ini berkata Dr Tan, yang juga Naib
Pengerusi Kebangsaan DAP, pada masa sama perlu menasihatkan anggota
parti itu, Tony Pua yang juga anggota PAC, bahawa seseorang itu tidak
boleh memperkatakan tentang sesuatu perkara berdasarkan khabar angin
atau tanpa bukti.
“1MDB menyambut baik nasihat oleh anggota Parlimen Kepong selama
lapan penggal itu sebagai bijak dan tepat pada masanya, namun perlu
mendapatkan bukti sebelum membuat tuduhan, dan mendukung kedaulatan
undang-undang bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan
bersalah.
“Kami percaya Dr Tan akan memberi nasihat yang sama kepada Tony Pua,” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut tuduhan Pua itu adalah dakwaan yang dikitar
semula terhadap 1MDB, tetapi apabila jawapan dan fakta diberi, beliau
terbukti salah.
Bagaimanapun, Pua tidak akan mengendahkan fakta, mengubah topik dan
menunggu untuk membuat dakwaan sensasi dan tanpa bukti yang seterusnya.
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada nasihat Dr Tan
bahawa seseorang itu ‘tidak boleh menyatakan sesuatu perkara berdasarkan
khabar angin’ berhubung kebocoran dokumen sulit PAC kepada media asing.
Kenyataan beliau itu disiarkan oleh portal berita, semalam.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment