Thursday, September 24, 2015

Pupuk Sifat Saling Bermaafan Dan Perpaduan Sesama Umat – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA : Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru umat Islam agar memupuk semangat saling bermaafan dan perpaduan ketika menyambut Aidiladha yang penuh dengan erti pengorbanan itu.
 http://i1.wp.com/mynewshub.cc/wp-content/uploads/2015/07/ahmad-zahid.jpg?w=700
Beliau berkata umat Islam harus bermaafan atas segala kekhilafan terdahulu, sekarang dan yang akan datang agar semangat perpaduan tetap subur di hati.  

“Kita harus menyelami roh pengorbanan berlandaskan ajaran ad-Din. Ia bukan sekadar pengorbanan wang ringgit dan material malah lebih luas daripada itu – meliputi kesedaran emosional dan spiritual,” katanya.

Dalam perutusan sempena sambutan Aidiladha esok, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata seluruh umat Islam menzahirkan rasa dukacita atas insiden tragis di Masjidil Haram (pada 11 Sept) yang mengorbankan lebih seratus jemaah haji termasuk tujuh haji Malaysia. 

“Kami di sini sentiasa mendoakan kerukunan dan keselamatan jemaah haji Malaysia di sana agar dipermudahkan dalam menjalani ibadah haji.

“Kita mengharapkan para jemaah haji Malaysia di Mekah agar terus mendoakan kesejahteraan, keamanan dan kestabilan terus menaungi negara kita serta dilindungi dari segala bala bencana,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment