Tuesday, September 22, 2015

PAKATAN HARAPAN : Apa Status PAS di Selangor?

KUALA LUMPUR : Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang menggesa Parti Keadilan Rakyat dan DAP tampil menjelaskan bentuk kerjasama di dalam kerajaan negeri Selangor selepas PAS tidak lagi diterima dalam pakatan tersebut.

Beliau membangkitkan perkara itu susulan pembentukan kerjasama pembangkang yang baharu yang diberi nama Pakatan Harapan.

"Adakah kerajaan Selangor dipimpin oleh Pakatan Harapan atau ada sebarang bentuk kerjasama berasingan untuk mengekalkan kuasa di Selangor?" soal Keng Liang dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau menjelaskan, tiga jawatan Exco negeri itu juga dipegang oleh wakil PAS.

PAS telah berjaya menguasai 15 kerusi DUN, kerusi paling tinggi yang turut dikongsi 15 kerusi daripada DAP manakala PKR mendapat 13 kerusi.

Sidang Meja Bulat Pembangkang yang berlangsung hari ini menyaksikan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) sepakat untuk membentuk kerjasama baharu yang diberi nama Pakatan Harapan bagi menggantikan Pakatan Rakyat.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment