Thursday, September 24, 2015
Kau dah Tak Apa Apa Lagi.... Mahfuz Omar Bantah Keputusan PAS Tolak Harapan Rakyat
SUBANG JAYA : Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar
berpendapat bahawa PAS sewajarnya berunding dengan Pakatan Harapan
walaupun tidak terlibat dengan gabungan parti pembangkang baharu itu.
Bekas Ketua Penerangan PAS itu berkata, parti itu perlu lebih terbuka
bagi memastikan strategi menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan
Raya Umum (PRU) akan datang dapat direalisasikan.
“Saya berharap PAS lebih terbuka untuk menerima realiti politik di negara ini.
"Pembangkang seharusnya mempunyai penyatuan yang boleh menyampaikan
mesej tepat kepada rakyat bahawa tidak mungkin berlaku lawan tiga
penjuru pada PRU akan datang.
“Tetapi kalau mesej yang disampaikan (oleh PAS, Pakatan Harapan)
membayangkan pertemuan tiga penjuru pada PRU nanti, ia akan memusnahkan
harapan rakyat yang menyokong pembangkang selama ini,” katanya memetik
laporan pihak media.
Pakatan Harapan ditubuhkan selepas rundingan meja bulat antara DAP, PKR
dan Parti Amanah Negara sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan pakatan
pembangkang baharu di sebuah hotel di sini, hari ini.
Mahfuz yang hadir pada sidang meja bulat Pakatan Harapan turut mengakui
amat berharap agar PAS akan bersama dengan PKR, DAP dan AMANAH.
"Ya, saya masih mengharapkan penyertaan PAS dalam pakatan ini atau pun
ada kaedah (jalinan hubungan dan kerjasama) yang penting bukan tiga
penjuru.
“Walaupun penubuhan pakatan hari ini dibuat tanpa PAS , pakatan baharu ini tidak boleh terus membiarkan keadaan ini berlarutan.
"Keduanya mesti ada keterbukaan untuk menjalinkan hubungan. Pakatan
perlu menghubungi PAS dan PAS juga harus sedia untuk duduk di meja
perbincangan untuk mencari jalan untuk menghadapi lawan kita bersama,”
katanya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment