Wednesday, September 23, 2015
Jangan Cabar Orang Melayu, Bila Dah Diasak Sampai Ke Dinding, Lawan Tetap Lawan - Zahid Hamidi
SEREMBAN : YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri berkata, orang Melayu ini jangan dicabar. Seandainya dicabar hingga diasak sampai ke dinding, maka kita perlu bertindak. Lawan tetap lawan.
"Please don't ever step on our head" kata beliau sewaktu berucap di hadapan hadirin yang hadir ke Majlis Ramah Mesra serta Penerangan Isu-Isu Semasa di Hotel Klana Resort, Seremban anjuran Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan.
Menerusi majlis ini pelbagai isu dikupas serta diperjelaskan oleh TPM termasuklah isu krisis-krisis yang pernah berlaku di dalam negara semenjak merdeka sehinggalah ke hari ini, isu konspirasi menjatuhkan Tan Sri Muhyddin, isu 1MDB, isu 'derma' 2.6 billion, isu BERSIH 4.0 dan Himpunan Rakyat Bersatu dan pelbagai perkara lagi.
Turut hadir sama ke program ini termasuklah YAB Datuk Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri tengku Adnan Tengku Mansor (Setiausaha UMNO Malaysia), Datuk Seri Ahmad Maslan (Ketua Penerangan UMNO Malaysia), Sdr Khairy Jamaludin Abu Bakar (Ketua Pemuda UMNO Malaysia), Datuk Mas Ermiyati Shamsudin (Ketua Puteri UMNO Malaysia), Tan Sri Isa Abdul Samad (Pengerusi Felda), Datuk Seri Hasan Malek dan beberapa orang lagi.
Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di program berkenaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment