Tuesday, September 22, 2015

Kenapa Azmin Terus Berdolak Dalih Dalam Isu DEIG Dan Dana Penstrukturan Air?

KUALA LUMPUR : Menteri Besar Selangor Azmin Ali dilihat terus berdolak dalih dalam memberikan penjelasan terperinci berhubung kontroversi Darul Ehsan Investment Group (DEIG) dan dana penstrukturan air di negeri berkenaan.
azmin-deig-bodoh
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan berkata dakwaan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang yang juga bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai baki penstrukturan air sebelum ini masih belum terjawab.

Menurut beliau lagi begitu juga dalam soal DEIG yang hingga ke hari ini masih belum nampak secara jelas mengenai apa yang berlaku dan Azmin perlu tampil dengan penuh tanggungjawab ke depan agar rakyat dapat mengetahui dengan lebih jelas.

“Dalam soal ini ke mana hilangnya soal ketelusan dan prinsip kebertangungjawaban yang seringkali dilaung-laungkan oleh mereka. Bukankah itu yang selama ini mereka jaja dan konon-kononnya mereka mahu melihat ‘good governance’.

“Jika kerajaan yang negeri yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) dan di peringkat pusat seringkali dikaitkan dengan ‘good governance’ mereka sepatutnya lebih arif dan jangan hanya sekadar bercakap semata-mata.

“Inilah masanya untuk membuktikan mereka bukan sekadar menjadikan ianya komoditi politik sebaliknya diterjemahkan dengan pelaksanaan menerusi penjelasan secara terang dan nyata mengenai kedua-dua isu berkenaan. Jika Azmin dan kerajaan Selangor masih mengambil sikap sedemikian rupa jelas dan terang ianya sekadar retorik semata-mata,” katanya kepada pihak media, di sini, hari ini.

Mengulas lebih lanjut Halimah yang juga Ketua Wanita UMNO Subang seterusnya menambah wang berkenaan adalah wang rakyat dan sewajarnya perkara berkenaan menjadi keutamaan kepada pimpinan kerajaan negeri hari ini.

Tegas beliau sampai bila Azmin dan pimpinan yang lain mahu berpeluk tubuh atau berdolak dalih dalam mengutarakan perkara yang sebenar dan secara tidak langsung akan terus menimbulkan pelbagai tohmahan dan pelbagai tanggapan lain.

“Apa yang pasti sikap dan tindak tanduk sedemikian rupa sudah tentu mengundang rasa resah gelisah di kalangan rakyat yang menuntut penjelasan dan ketelusan Menteri Besar berhubung perkara ini,” ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment