Tuesday, September 22, 2015
Hasrat Amanah Untuk Ganti PAS Dalam PR Awal Lagi Tunjuk Kegagalan
BANGI : Hasrat Parti Amanah Rakyat (Amanah) untuk menggantikan
PAS dalam gabungan pakatan pembangkang baru awal-awal lagi sudah
menunjukkan kegagalan.
Bercakap perkara itu Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz
Abdullah Zaik Abd Rahman berkata buktinya apabila belum sempat beraksi,
PKR sudah menunjukkan yang mereka tidak yakin terhadap Amanah apabila
berkeras memujuk PAS untuk terus bersama mereka.
Hakikatnya PKR sudah mula sedar bahawa gabungan PKR, DAP dan Amanah dalam PR 2.0 tidak akan membawa gabungan itu ke Putrajaya.
“Ini kerana Amanah tidak mempunyai perjuangan tersendiri selain memenuhi
nafsu tamak DAP dan tidak menambah pemberat yang menjanjikan keuntungan
kepada politik PR.
“Bahkan Amanah juga akan menjadi beban kepada PR kerana dijangka
mencetuskan krisis perebutan kerusi dengan PKR menjelang pilihan raya
akan datang.
“Apapun beban keangkuhan dan kesombongan DAP yang anti-Islam itu akan
ditanggung oleh parti Amanah selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian apabila Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail mengatakan mereka tetap mengharapkan untuk PAS menyertai
mereka bagi memenangi pilihan raya umum akan datang.
Begitu juga, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang menyifatkan
bahawa tanpa pembabitan PAS, mereka tidak akan dapat melakukan perubahan
untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan
datang.
Bagaimanapun, PAS menegaskan tidak menyertai Pakatan Rakyat 2.0 bagi
mengelakkan mereka menjadi sebuah parti yang tidak baik dalam kancah
politik tanah air.
Ustaz Abdullah berkata, PAS tidak terdesak menyertai PR 2.0 sebaliknya DAP dan PKR yang memerlukan PAS.
“PAS kelihatan berada lebih selesa dan selamat bahkan lebih untung bersendirian berbanding bersama PR atau BN.
“Sudah sampai masanya untuk PAS mengajar DAP dan PKR agar tawaduk dan mengiktiraf sumbangan orang lain,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment