Tuesday, September 22, 2015
“Syaitan Dalam Jemaah” PAS Belum Keluar Habis Lagi?
Inilah yang dikatakan hidung tak mancung,
tapi pipi tersorong-sorong. Tak tahulah saya setebal tembok apa muka
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang dilaporkan hadir ke
sidang meja bulat DAP, PKR dan Amanah.
Malah lebih memalukan lagi, Mahfuz yang
mengaku dirinya kekal sebagai ahli PAS dan tidak menyertai
konco-konconya dalam Amanah, dengan selamba badak merayu pula pada
Pakatan Harapan supaya tidak meminggirkan PAS.
Mahfuz berkata, penyertaan PAS di dalam
Pakatan Harapan adalah penting bagi mengelak pertandingan tiga penjuru
ketika pilihanraya nanti.
Saya tertanya-tanya, apakah Mahfuz tidak
tahu membaca, mendengar dengan baik dan memahami kenyataan-kenyataan
yang dibuat oleh kepimpinan PAS sebelum ini mengenai pakatan baru yang
mahu dibentuk itu?
Apa yang Timbalan Presiden PAS kata? Apa
yang Ketua Penerangan PAS kata? Dan paling penting, apa yang Presiden
PAS kata? Apa pula kata pewaris tokoh PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul
Aziz kata?
Pemimpin PAS yang “merampas” jawatan
Mahfuz, Nasruddin Hassan Tantawi berkata, pengkhianat PAS tetap dilabel
pengkhianat selagi mereka tidak kembali ke pangkal jalan.
Faham atau
tidak? Katanya, PAS tidak akan bekerja sama dengan pengkhianat parti.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan
Man juga senada dengan Nasruddin menegaskan bahawa PAS tidak akan hadir
ke sidang meja bulat itu disebabkan DAP dan Amanah ada bersama untuk
membentuk pakatan tersebut.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula
terang-terangan mengecam puak-puak yang membentuk parti Amanah yang
dianggap “syaitan dalam jemaah” itu. Setelah “syaitan-syaitan” itu
keluar dari jemaah, melanggar bai’ah talak 3, tidak pula meletak
jawatan, masih lagikah PAS mahu bekerjasama dengan “syaitan-syaitan”
tersebut?
Malah Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh
Nik Abdul Aziz secara jelas menegaskan bahawa PAS tidak gentar dan
sedia untuk berdepan dengan Amanah mahupun DAP bagi merebut kerusi pada
pilihanraya yang akan datang.
Saya tertanya-tanya, apakah Mahfuz begitu
dangkal, cetek dan “bengap” sekali akalnya untuk berfikir tentang
pendirian PAS tersebut? Apakah hati Mahfuz sudah “buta” untuk memahami
kenyataan-kenyataa dari pucuk pimpinan utama PAS itu?
Apakah Mahfuz fikir dia merupakan
“jambatan” di antara PAS dengan DAP, Amanah dan PKR? Sekiranya dia
berfikir demikian, maka mungkin saya boleh simpulkan bahawa Mahfuz
berkemungkinan besar tidak faham dengan pendirian partinya.
Saya juga tertanya-tanya, kenapalah
Mahfuz tidak sertai Amanah atau PKR. Sedangkan apa yang terbit dari
lidahnya itu membayangkan seakan-akan “syaitan dalam jemaah” PAS itu
belum lagi keluar dari parti berkenaan sepenuhnya.
Cuma bersangka baik, saya menjangkakan
bahawa mungkin Mahfuz tidak sertai Amanah kerana enggan melanggar sumpah
bai’ah yang dia ikrarkan pada PRU ke-13 yang lalu. Siapalah yang tidak
sayangkan isteri, bukan?
Sebenarnya, saya agak bersimpati dengan
Mahfuz. Dia seolah sedang tersepit. Hendak keluar, takut melanggar
bai’ah. Hendak kekal, tapi hatinya bagaikan sudah bersama Amanah. Namun
apakan daya, terpaksalah kekal di dalam PAS jua hingga tamat penggal
ini…
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment