Tuesday, September 22, 2015
Demi Kekayaan Guan Eng dan Kroni, Rakyat Pulau Pinag Dianugerahkan Banjir Kilat
Akibat hujan lebat di Penang pagi ni, Pulau Pinang kini dilanda banjir kilat yang teruk dikawasan sebelah pulau.
Kejadian berlaku di kawasan PAYA TERUBONG DAN BATU BELAH, BALIK PULAU.
Satu lokasi lagi ialah di Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas
berdekatan Kompleks Tabung Haji.
Bagi rakyat P.Pinang, kejadian banjir ini sudah tentunya berpunca dari
kerakusan kerajaan negeri DAP yang mengondolkan tanah-tanah bukit untuk
didirikan kondo mewah.
Tengoklah apa yang berlaku hasil dari "budi baik" kerajaan DAP di negeri
ini.. Yang menjadi mangsa adalah rakyat khususnya yang berada sekitar
kawasan berkenaan. Banjir lumpur dengan ganasnya merosakkan harta benda
serta kediaman penduduk.
Dimanakah perginya slogan Cleaner & Greener Penang yang
dilaung-laungkan dengan angkuhnya oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng selama
ini? Semua slogan tersebut terbukti hanya tipu helah bagi memperdaya
rakyat!
Bukit digondolkan semata-mata demi keuntungan bagi kerajaan negeri,
hutan hijau diratakan dengan alasan pembangunan. Akhirnya tiada apa lagi
yang dapat menyekat bencana alam seperti banjir ini dari menimpa
rakyat.
Tak cukup dengan itu, Guan Eng masih tersenyum bangga di Tingkat 28
KOMTAR apabila melihat keuntungan negeri masuk ke poket. Rakyat yang
sengsara langsung dibiarkan dan kesusahan rakyat menjalani kehidupan
seharian tak pernah Guan Eng pedulikan.
Inilah pemerintahan Guan Eng dan Kerajaan DAP di Pulau Pinang. Hasil
kekayaan negeri dikaut secara rakus sedangkan kebajikan rakyat langsung
tak dipedulikan. Alam sekitar dimusnahkan demi kekenyangan mereka dan
kroni.
Apakah Guan Eng mahu menyalahkan hujan sekali lagi apabila banjir
sebegini melanda negeri?
Apakah Guan Eng fikir rakyat begitu bodoh untuk
mempercayai apa sahaja cakapnya?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment