Tuesday, September 22, 2015
Veteran UMNO Mahu Mahathir Segera Ditangkap Polis
Betul ke bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad upah bekas
Timbalan Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hasan
untuk menjatuhkan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak??
Kalau betul la Khairuddin di upah oleh Mahathir.. So kena tak tangkap
Mahathir sekali? Itu yang diperkatakan oleh setiausaha veteran UMNO,
Datuk Mustapha Yaakub.
Iyela, kalau tidak tak kan la Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di negara
ini yang sanggup menjadi orang tengah untuk menguruskan segala urusan
pertemuan antara Khairuddin dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI)
kalau bukan demi Mahathir. Kononnya bagi membincangkan soal kemelut 1
Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kemudian pada masa yang sama, Mahathir ada cakap yang sekiranya Najib
didapati terlibat dalam penggubahan wang haram, dia mungkin akan
ditangkap dan didakwa mengikut undang-undang negara luar. Tak ke pelik??
Tetiba je dorang berdua ni macam ada connection.
Patut la dorang nak sangat negara itu campur tangan dalam kemelut itu.
So nampak sangat yang sebenarnya isu 1MDB ini adalah satu isu yang
sengaja direka oleh kuasa luar bagi bagi menjatuhkan pemimpin Melayu
yang sedia ada ini.
"Veteran Umno ingin pihak polis menyiasat untuk siapa Khairuddin dan
peguamnya Mathias Chang bekerja untuk membuat laporan polis dan
merancang untuk berjumpa FBI?
"Apakah kaitan misi Khairuddin dan Mathias Chang itu dengan kenyataan
Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan Najib mungkin ditangkap
sekiranya keluar negara?
"Apakah Mahathir dibelakang segala usaha itu? Kalau benar maka kenapa hanya Khairuddin ditangkap?
"Kalau perlakuan Khairuddin dianggap membahayakan negara, maka apakah orang di belakang Khairuddin tidak bahaya?" kata Mustapha.
Jelas bahawa veteran UMNO mahu pihak polis segera menyiasat siapakah
dalang disebalik semua ‘pengorbanan’ Khairuddin dan Mathias Chang. Kalau
betul la Mahathir adalah tangan disebalik yang menggerakkan dua boneka
ni, so apa kata tangkap dan siasat Mahathir sekali.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment