Wednesday, September 23, 2015
Sekutu Tak Tetap Pendirian.... Pakatan Harapan atau Patah Harapan?
Buat julung kalinya, PAS dilihat konsisten dalam nada “mufarakahnya”
terhadap DAP dan Amanah. Sungguh pun esok atau lusa masih ada untuk
“u-turn”, kita tunggu sahaja tindakan seterusnya dari Hadi Awang.
Patah harapan PKR untuk melihat PAS bersama-sama di dalam Pakatan yang
baru dibentuk, namun tidak mungkin PKR mahu meratapi kehilangan PAS;
yang terbukti mempunyai kekuatan jentera parti berbanding parti-parti
pembangkang yang lain.
PKR juga punya ego, dan dengan meletakkan diri mereka pada “kasta
Brahmin” sudah tentu tidak mahu tunduk kepada PAS yang kita semua tahu
di mana kedudukan “kasta” nya di dalam hierarki Pakatan Rakyat sebelum
ini.
Pada hemat penulis, sekali lagi, PKR terpaksa berharap dengan “raja
drama” nya untuk memujuk Hadi Awang dan barisan kepimpinan PAS untuk
kembali menyertai mereka atas nama Pakatan Harapan. Anwar, secara
peribadi mengetahui kekuatan PKR lantas menafikan keperluan untuk
keberadaan PAS bersama mereka adalah ibarat meletakkan telur di hujung
tanduk.
Penulis percaya, jika PAS masih enggan untuk sertai Pakatan Harapan,
serangan dan tekanan dari Amanah akan diperhebat, kerana DAP tahu mereka
sendiri tidak mampu untuk mempengaruhi ahli PAS untuk keluar parti.
Cukup lah untuk DAP membekalkan “minyak pelincir”, nescaya ibarat si
lipas kudung gerak kerja dari Amanah.
“First pass the post”, itu sistem pilihanraya di Malaysia. Maka,
kekuatan PAS untuk memenangi kerusi samada DUN atau Parlimen adalah amat
penting untuk PKR, DAP dan Amanah dalam cita-cita mereka untuk
meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, dan Lim Kit Siang
sebagai Timbalannya mungkin.
Pakatan Harapan, dan bukan lagi Pakatan Rakyat. Hilang sudah keramat
“rakyat” untuk memupuk sentimen kebersamaan dengan mereka. Antara
Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan, yang tidak pernah berubah dan terus
kekal utuh ialah pakatan ini berstatus haram, serta meneruskan nafsu
Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment