Tuesday, September 22, 2015
Malulah Kamu Chow Hui…
Sewajarnya Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang Chia
Chow Hui cermin diri dahulu. Telitilah betul-betul diri kamu. Bukankah
kamu mewakili wajah MCA – parti kamu yang kalah teruk dalam dua pilihan
raya umum lalu.
Orang UMNO, dipercayai akan melahirkan rasa pelik bagaimana seorang
budak hingusan seperti Chow Hui mahu popular menerusi jalan pintas
mengeluarkan kenyataan yang MCA Bahagian Pasir Gudangnya telah
memutuskan hubungan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Ia kononnya sebagai susulan sokongan Najib kepada Himpunan Rakyat
Bersatu pada 16 September lalu yang didakwa Chow Hui himpunan ‘Baju
Merah’ pada tarikh itu telah menghancurkan keharmonian kaum.
Tindak tanduk Chow Hui seolah-olah kini menjadi satu trend dalam
kalangan orang MCA.
Iaitu, yang akan bercakap apa yang terbuku di hati
tidak puas hati dengan pucuk pimpinan BN dengan portal propembangkang
dan selepas itu menafikan. Ia mengulangi apa yang terjadi kepada Ketua
Pemuda MCA, Chong Sin Woon tempoh hari yang apabila bercakap dengan
portal pembangkang, menyuarakan sokongan kepada himpunan haram Bersih
4.0.
Bahkan kata Sin Woon, tiada tindakan akan diambil terhadap ahli MCA
sekali pun jika mahu menyertai himpunan haram yang menuntut Perdana
Menteri meletak jawatan.
Tetapi apabila semua pihak bising-bising termasuk UMNO, Sin Woon yang
turut membenarkan mahasiswa bebas sertai Bersih 4.0 pantas pula
menafikan ada mengeluarkan kenyataan sedemikian sambil mendakwa portal
terbabit memutarbelitkan kenyataannya.
Bagaimanapun “damage has been
done”.
Apabila terpaksa menarik balik kenyataan berbisa itu, mungkinkah
harapan kedua-duanya supaya kaum Cina ‘akan tahu’ sebab mereka
‘terpaksa’ berbuat demikian selepas menerima tekanan hebat?
Sedarkah Chow Hui yang MCA ketika ini sekadar melukut di tepi gantang
sahaja dalam komponen BN? Kedudukan MCA sebagai parti kedua utama BN
telah diisi oleh sebuah parti dari Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera
Bersatu (PBB) daripada segi bilangan kerusi Parlimen. Itupun atas ihsan
Najib diperuntukkan satu lagi kerusi Kabinet kepada MCA, tanpa
dipersoalkan oleh MIC yang kini hanya memiliki kerusi tunggal dalam
Jemaah Menteri.
Tidak malukah Chow Hui dengan rekod PRU-13 MCA yang kalah di 30
daripada 37 kerusi Parlimen ditandinginya? Dan hanya menang 11 kerusi
Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 90 kerusi DUN yang dipertaruhkan.
Lebih malang lagi kalau Chow Hui dapat analisis kembali ialah
calon-calon BN kaum Cina yang memenangi kerusi Parlimen adalah di
kawasan peti undi majoriti Melayu.
Sedarkah kamu bahawa kerusi-kerusi MCA yang menang pun atas ihsan
pengundi Melayu barangkali sebahagian besarnya daripada UMNO, yang
presidennya adalah Najib? MCA sekadar bertahan hampir di semua kawasan
majoriti Melayu, antaranya di Alor Gajah, Bentong, Tanjung Malim,
Tanjung Piai, Labis, Ayer Hitam dan Tebrau.
Dan paling mengejutkan apabila Datuk Seri Liow Tiong Lai yang kini
Presiden parti Chow Hui sendiri sekadar mempertahankan Bentong dengan
majoriti 379 undi.
Rekod pilihan raya MCA pada 2013 amat teruk. Calon-calon MCA yang
menang majoriti besar pada PRU-12 boleh hilang wang pertaruhan dalam
PRU-13. Calon yang bertaraf menteri dan timbalan menteri dari MCA dan
Gerakan turut menerima nasib sama.
Antaranya, Datuk Seri Kong Cho Ha
(Lumut), Datuk Seri Chor Chee Heung (Alor Star), Datuk Lee Chee Leong
(Kampar), Datuk Dr. Hou Kok Chung (Kluang), Datuk Donald Lim Siang Chai
(Selayang) dan Datuk Tan Lian Hoe (Taiping).
Kedangkalan Chow Hui dibimbangi akan mengakibatkan orang UMNO
menganggap MCA sekadar bermuka-muka sahaja. Akan timbul tanggapan orang
MCA dan Gerakan beri undi pada DAP. Mereka hanya berpura-pura menyokong
kerajaan BN tetapi hakikatnya mereka mengundi pembangkang terutama DAP.
Ini kerana mereka terlalu yakin pakatan akan menumbangkan BN dalam
PRU-14.
Kenyataan seorang penganalisis politik, Prof. Dr. Hoo Ke Ping kepada
sebuah akhbar (bukan Utusan Malaysia) dua hari selepas PRU-13 ketika
menggariskan sebab mengapa kaum Cina menolak MCA dan Gerakan antaranya
agak memeranjatkan.
“Kempen dan strategi parti berorientasikan kaum Cina iaitu MCA dan
Gerakan dilihat sangat tradisional dan kolot. Saya pernah memberi
taklimat kepada Jawatankuasa Pusat MCA dan Gerakan supaya melawan
pembangkang habis-habisan, tetapi mereka tidak mahu,” kata Ke Ping.
MCA terutama Chow Hui, malulah kamu.
Zulkifli Jalil, Utusan
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment