Tuesday, September 22, 2015
Kenapa Mahathir Tak Pernah Saman WSJ?
Kalau betul la mantan perdana menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad tak salah
dan tidak terlibat dalam skandal kewangan pada zaman pemerintahannya
suatu ketika dahulu.., kenapa Tun M hanya membiarkan saja seorang bekas
pengarang Wall Street Journal(WSJ) menuduhnya membazirkan sejumlah wang
yang banyak sepanjang 22 tahun pemerintahannya?
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
didalam satu tulisan dalam blognya, melahirkan rasa hairan kenapa Tun M
tidak bertindak menyaman pengarang WSJ sebab memfitnah beliau. Tetapi
bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menghadapi beberapa
dakwaan penyalahgunaan wang daripada WSJ… Tun M sibuk-sibuk suruh Najib
saman dorang kalau betul dia tak salah.
"Menurut bekas pengarang WSJ Barry Wain, Tun Dr Mahathir Mohamad
membazirkan kira-kira RM100 bilion sepanjang 22 tahun pemerintahannya,
"Dr Mahathir tidak pernah menyaman Wain maka dakwaan itu kekal dan
kerana Dr Mahathir tidak menyaman Wain, adakah ini bermakna tuduhan itu
benar?," soal Salleh.
Melalui blog Salleh, sskeruak.blogspot.com, dia berkata Wain menulis
sepanjang pemerintahan Tun M sejak dari tahun 1981.. Mahathir didakwa
pernah terlibat dengan skandal kewangan sehingga berjumlah RM100 bilion.
Kalau RM100 bilion dulu so sekarang ni nilainya dalam RM225 biliion…
Perghhh banyak tu.
Hairan kan.. sebab pada zaman Tun M dulu slogan yang dorang guna bukan
main lagi “Bersih, Cekap, Amanah’’ padahal orang tu sendiri tidak
amanah. Maknanya situasi yang Tun M lalui dahulu sama jela dengan
situasi yang Najib lalui sekarang ni. So kenapa Tun M nak tegakkan
benang yang basah??
Kalau dulu dia sendiri tidak menyaman orang yang kononnya buat fitnah
dekatnya, kenapa pulak sekarang sibuk-sibuk paksa Najib supaya saman
orang buat fitnah? Kononnya kalau tak saman terbukti la yang Najib ni
sebenarnya betul bersalah. Cehhhh macam cakap depan cermin je...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment