Thursday, September 24, 2015
Alhamdulilah..... Amy Mastura... Di Kala Usia 44 Tahun Hati Terbuka
Penyanyi, pelakon Amy Mastura yang sudah 15 tahun di persada seni tanah
air, antara selebriti wanita yang bertudung untuk memenuhi tuntutan
syarak agama Islam.
Dalam usianya 44 tahun, Amy berkata dia mengambil keputusan mengenakan
hijab, setelah terbuka hatinya untuk terus kekal bertudung.
"Hasrat untuk memakai tudung itu sudah lama saya simpan tetapi tidak tahu mahu bermula dari mana selain masih belum bersedia.
"Alhamdulillah sesi fotorgrafi yang memerlukan saya bertudung menjadi
punca saya teruskan imej berkenaan sehingga sekarang," katanya.
Ibu kepada dua cahaya mata itu sangat bersyukur kerana diberi hidayah oleh Allah untuk melakukan penghijrahan kecil ini.
“Apa yang dilakukan satu penghijrahan kecil untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik pada masa hadapan.
"Masih banyak yang saya perlu perbaiki buat diri sendiri dan menutup aurat ini satu langkah kecil.
“Saya berharap peminat sentiasa mendoakan saya agar dapat menjadi muslimah lebih baik selepas ini," katanya lagi.
Sementara itu, pengacara TV ini akan meneruskan karier seninya selepas berhijab seperti biasa.
“Saya tak mahu menangguhkan perkara yang baik. Sudah lama saya berniat
ke arah ini tapi Alhamdulillah semuanya jadi tanpa paksaan sesiapa.

“Saya tidak merancang tetapi ini kewajipan saya sebagai wanita Muslim.
“Perkara yang baik tak perlu ditangguh tangguh,” katanya yang bersyukur turut mendapat sokongan ratusan peminat di Instagram.
Bekas juara Asia Bagus! ini masih laris sebagai duta produk seperti barangan kesihatan Takasima.
"Saya bersyukur kerana masih menerima sokongan daripada peminat dan
pengusaha produk kerana sekarang banyak muka baru muncul dalam dunia
hiburan," katanya.
Amy berkata apa yang dinikmatinya kini kerana rezeki Allah untuk
anaknya, Adriana Tham, 9 tahun yang menyayangi kucing dan arnab.
Mengenai kesihatan pula, Amy berkata dalam keadaan sekarang penting
baginya untuk menjaga kesihatan diri memandangkan usia semakin
meningkat.
Menyentuh mengenai lakonan, dia seronok kerana memegang peranan utama dalam filem seram Damping Malam.
"Trauma dulu filem suspense-thriller dan Damping Malam filem seram
sepenuhnya," katanya yang akan kembali ke studio untuk rakaman album
terbaru.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment