Tuesday, September 22, 2015
Menjawab Isu 1MDB Tentang Kenapa Kerajaan Menubuhkan 1MDB
Rakan-rakan, masih ramai yang bertanya soalan-soalan basic tentang mengapa kerajaan menubuhkan 1MDB? Tapi tidak mengapalah, selaku PeneranganPemudaSEREMBAN maka, kita sama-sama membawa pemahaman kita dengan melihat begini... :
Kebergantungan kerajaan sebelum ini terhadap pengurusan yang
dilakukan oleh Khazanah Nasional terhadap pengurusan aset kerajaan
antara punca kenapa 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) ditubuhkan pada
tahun 2009.
1MDB dilihat sebagai syarikat pelaburan strategik milik kerajaan bagi
memacu ekonomi dan pembangunan jangka panjang. Ketika ini, 1MDB lebih
memberi tumpuan terhadap pelaburan dalam sektor tenaga dan hartanah.
Bagi sektor tenaga, 1MDB memiliki 13 loji janakuasa dengan
penyahgaraman di lima buah negara dengan kapasiti bersih penjaan tenaga
sebanyak 5,594MW dan sekaligus menjadikan 1MDB pengeluar tenaga bebas
kedua terbesar di Malaysia selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Bagi sektor hartanah pula, setakat artikel ini ditulis, 1MDB
mempunyai 4 bidang tanah yang dipertanggungjawabkan untuk dibangunkan
oleh kerajaan. Empat bidang tanah ini adalah Tun Razak Exchange (TRX)
seluas 70 ekar yang dirancang untuk menjadi hub kewangan antarabangsa,
Bandar Malaysia di Sungai Besi seluas 486 ekar, Pulau Indah seluas 318
ekar dan Air Itam seluas 234 ekar.
Tun Razak Exchange seperti yang diketahui akan dibangunkan hub
kewangan antarabangsa sama seperti yang diamalkan oleh Switzerland
dimana dinegara berkenaan menjadi tumpuan manusia terkaya menyimpan wang
mereka. Dalam hal ini 1MDB mengambil peluang pasaran perniagaan
pembankan yang tidak begitu meluas untuk membangunkan TRX sebagai
tarikan terbaru pelabur antarabangsa untuk mendepositkan wang mereka.
Bandar Malaysia di Sungai Besi pula bakal dijadikan bandar moden
pertama di Malaysia dengan menempatkan hub pengangkutan terutama
keretapi laju dari Kuala Lumpur ke Singapura, kem moden tentera dan
banyak lagi. Manakala bagi tanah di Air Itam dan Pulau Indah, 1MDB
merancang untuk membina rumah mampu milik yang begitu mendesak di
kawasan berkenaan.
Semua ini bakal memberi pulangan keuntungan jangka panjang kepada
1MDB dan sekaligus menepis dakwaan bawaha 1MDB ditubuhkan hanya untuk
mengayakan Perdana Menteri, isteri dan kroni beliau.
Dalam hal ini, apakah masi relevan kewujudan Khazanah Nasional
terhadap kerajaan. Jika difahami fungsi antara dua entiti milik kerajaan
ini, fungsi antara Khazanah dan 1MDB tidak bertindih.
Khazanah Nasional
lebih banyak terlibat dalam pelaburan dan pengurusan aset kerajaan dan
perniagaan sedia ada seperti Tenaga Nasional Berhad, MAS, PLUS
Expressway dan Telekom.
Manakala 1MDB seperti yang dihuraikan diatas lebih terarah kepada projek pembangunan baharu bermula dari peringkat awal.
Jelas kerajaan lebih tahu dan mengerti keperluan penubuhan 2 syarikat
ini bagi memacu pembangunan negara dalam menuju negara maju 2020. Andai
tiada keseragaman begini, negara kekal hanya bergantung terhadap hasil
minyak dan komoditi yang jelas tidak lagi sesuai untuk memajukan
sesebuah negara.
Konsep 1MDB ini jika dilihat menyamai apa yang dilakukan oleh Temasik
Holding yang kini diuruskan oleh dinasti Lee Kuan Yew terutamanya
Perdana Menteri Singapura hari ini, Lee Hsien Loong. Pembangunan dan
kemajuan yang dikecapi Singapura hari ini kebanyakannya hasil daripada
pengurusan daripada Temasik Holding sehingga ada yang mengatakan, untuk
merosakkan Singapura, rosakkan Temasik Holding dahulu.
Jadi adalah tidak masuk akal apabila ada dikalangan rakyat mengatakan
penubuhan 1MDB adalah yang pertama di dunia kerana baik Singapura
mahupun Hong Kong, pengurusan pelaburan dan aset negara semuanya
diuruskan oleh entiti milik kerajaan dan Temasik Holding adalah bukti
nyata.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment