Tuesday, September 22, 2015
Tak Malu Ke Azmin... Ajak Orang Layan Drama 'Main Belakang' ?
Azmin oh Azmin...apa lagi dia nak kata kalau bukan itu.Mereka yang
berduyun-duyun turun menyertai himpunan baju merah tidak perlu nak ambil
hati bila Menteri Besar Selangor ini keluar kenyataan atas tajuk
'September 16 – Red Shirts and the Day of Shame'.
Dia buat kenyataan itu sehari selepas himpunan di Padang Merbok. Kalau
Timbalan Presiden PKR itu tidak buat kenyataan politik perlekeh Himpunan
Rakyat Bersatu itu ia memang 'luar tabiee'.
Sedap sungguh kawan kita ini lanyak himpunan itu telah mencemar perayaan
Hari Malaysia yang katanya sepatut disambut dengan semangat kebersamaan
dan hormati prinsip Rukun Negara.
Walaupun Azmin pernah satu ketika jadi 'anak angkat' kesayangan Tun Dr
Mahathir Mohamad mana mungkin dia menghayati kata-kata keramat bekas
Perdana Menteri itu 'Melayu mudah lupa'.
Bukannya setahun lamanya tapi baru ini pada 29 dan 30 Ogos dia dan
mereka yang sewaktu dengannya menyertai himpunan Bersih4 yang ganggu
gugat perayaan Hari Kemerdekaan.
Dia mempersoalkan apakah himpunan 16 September itu idea terbaik UMNO bagi mempertahankan maruah orang Melayu.
Jangan marah Azmin.Memang itu selari dengan rentak politik puak sebelah
sana apa saja yang dilakukan sebelah sini amat menyakitkan mata.
Himpunan Rakyat Bersatu rasminya cuma berhimpun dari 3 petang hingga 6
petang sahaja tetapi Bersih4 selama 34 jam merentasi waktu dua hari.
Apa motif Bersih4 kalau bukan nak 'tunjuk power' untuk lanyak
kerajaan.Ia berselindung disebalik segala macam alasan seperti juga
Bersih1...2..dan 3 dulu.
Semua orang tengok para pemimpin pembangkang duduk di barisan depan himpunan mereka sekalipun penganjur rasminya ialah Bersih.
Lawaknya bila kalangan pemimpin UMNO tampil di Himpunan Rakyat Bersatu ia jatuh salah.UMNO didakwa taja segala macam.
Sampai hari ini puak sana terus menerus menyerang himpunan itu dengan dakwaan itu ini.
Azmin pasti tidak akan mengaku hal ini tapi satu dunia lihat bagaimana
90 peratus dari peserta Bersih4 adalah kaum Cina yang tidak sokong
kerajaan.
Cuba tanya Menteri Besar ini salahkah orang Melayu yang sokong kerajaan pula nak ' tunjuk power'.
Undang-undang mana yang Azmin pakai hanya pembangkang saja yang ada lesen untuk berhimpun.
Kalau Azmin nak bercakap tentang apa tujuan dan matlamat serta
pencapaian sesuatu himpunan rasanya orang Malaysia tidak mudah lupa pada
gelagat pembangkang,dia dan bosnya yang kini sedang berehat dalam
penjara Sungai Buloh.
Ada Liwat 1 dan Liwat II.Masa Liwat I bahananya terpaksa ditanggong oleh
Dr Mahathir dan Liwat II pula di zaman Tun Abdullah Badawi dan Datuk
Seri Najib Tun Razak.
Segala macam drama demonstrasi,roadshow,ceramah diadakan sepanjang dua kes ini.
Ini belum cakap lagi drama Liwat II bilamana Datuk seri Anwar Ibrahim
lari ke Kedutaan Turki selepas Saiful Bukhari Azlan buat laporan polis
pada 28 Jun 2008 diliwat.
Enam tahun lamanya negara lalui pelbagai gelombang sebelum Saiful akhirnya mendapat keadilan.
Siapa boleh lupa masa kes Liwat I timbul dakwaan konon Anwar diracun semasa dalam penjara.
Berapa banyak demonstrasi Reformasi diadakan.
Bekas Naib Presiden Amerika Al Gore sampai berani tunjuk belang bela Anwar pada ucapan di majlis di Kuala Lumpur.
Nama negara diburukan di serata dunia kononnya kes liwat satu penginayaan pada Anwar.
Masa ke Liwat II kita juga melihat demonstrasi demi demonstrasi
diadakan.Hakim dan sistem perundangan negara dihina oleh badut-badut
pembangkang di depan Istana Keadilan di Putrajaya.
Cuba Azmin dan mereka yang sewaktu dengannya cerita apa tujuan,matlamat dan pencapaian himpunan dan demonstrasi itu?
Bukankah ia semata-mata untuk mempertahankan Sivaji The Boss yang mahkamah akhirnya putuskan sah 'main belakang'.
Ingat pada 29 April 2011 kumpulan pemuda pembangkang tunjuk kurang ajar
'gempur' sebuah masjid di Sentul Kuala Lumpur semasa Datuk Shazryl Eskay
Abdullah @ Datuk T nak sumpah Al-Quran.
Suasana masjid kecoh bila mereka cuba menyekat Eskay bersumpah bahawa
dakwaannya pasal kes video seks yang kait Anwar dengan seorang pelacur
China Doll adalah benar.
Azmin...apa tujuan, matlamat dan pencapaian perbuatan ganggu orang yang nak sumpah laknat di masjid?
Anwar dan keluarganya dulu awal-awal nafi dia orang dalam video
itu. Polis pula kata penelitian pakar luar negara dapati video itu 99
peratus tulin.
Kes ini tergantung begitu saja dan tidak sampai ke mahkamah.
Eskay tetap pertahan dakwaannya dan kata dia sedia disaman. Namun sampai
hari ini tiada surat saman yang sampai untuk heretnya ke mahkamah.
Kalau lihat pada aksi mahkluk dalam video itu - yang bentuk rupanya
macam orang kita kenal - sedang lepas gian... memang memalukan.
Lebih meloyakan jika dikenang balik orang diajak berdemo untuk benda yang sendiri bikin macam ini.
Elok sangat Azmin buang dalam tong sampah saja kenyataanya nak tunjuk
konon hebat dan beretika dakwa 'September 16 – Red Shirts and the Day of
Shame'.
Cakap tentang kes liwat saja... prinsipnya bukankah sendiri syok… orang lain jenuh jadi kuda....
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment