Tuesday, September 22, 2015
Inilah Orangnya Pura Pura Dalam Jemaah” PAS Belum Keluar Habis Lagi?
Inilah yang dikatakan hidung tak mancung, tapi pipi tersorong-sorong.
Tak tahulah saya setebal tembok apa muka Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk
Mahfuz Omar yang dilaporkan hadir ke sidang meja bulat DAP, PKR dan
Amanah.
Malah lebih memalukan lagi, Mahfuz yang mengaku dirinya kekal sebagai
ahli PAS dan tidak menyertai konco-konconya dalam Amanah, dengan selamba
badak merayu pula pada Pakatan Harapan supaya tidak meminggirkan PAS.
Mahfuz berkata, penyertaan PAS di dalam Pakatan Harapan adalah penting
bagi mengelak pertandingan tiga penjuru ketika pilihanraya nanti.
Saya tertanya-tanya, apakah Mahfuz tidak tahu membaca, mendengar dengan
baik dan memahami kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh kepimpinan PAS
sebelum ini mengenai pakatan baru yang mahu dibentuk itu?
Apa yang Timbalan Presiden PAS kata? Apa yang Ketua Penerangan PAS kata?
Dan paling penting, apa yang Presiden PAS kata? Apa pula kata pewaris
tokoh PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz kata?
Pemimpin PAS yang “merampas” jawatan Mahfuz, Nasruddin Hassan Tantawi
berkata, pengkhianat PAS tetap dilabel pengkhianat selagi mereka tidak
kembali ke pangkal jalan. Faham atau tidak? Katanya, PAS tidak akan
bekerja sama dengan pengkhianat parti.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man juga senada dengan
Nasruddin menegaskan bahawa PAS tidak akan hadir ke sidang meja bulat
itu disebabkan DAP dan Amanah ada bersama untuk membentuk pakatan
tersebut.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula terang-terangan mengecam puak-puak yang
membentuk parti Amanah yang dianggap “syaitan dalam jemaah” itu.
Setelah “syaitan-syaitan” itu keluar dari jemaah, melanggar bai’ah talak
3, tidak pula meletak jawatan, masih lagikah PAS mahu bekerjasama
dengan “syaitan-syaitan” tersebut?
Malah Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz secara jelas
menegaskan bahawa PAS tidak gentar dan sedia untuk berdepan dengan
Amanah mahupun DAP bagi merebut kerusi pada pilihanraya yang akan
datang.
Saya tertanya-tanya, apakah Mahfuz begitu dangkal, cetek dan “bengap”
sekali akalnya untuk berfikir tentang pendirian PAS tersebut? Apakah
hati Mahfuz sudah “buta” untuk memahami kenyataan-kenyataa dari pucuk
pimpinan utama PAS itu?
Apakah Mahfuz fikir dia merupakan “jambatan” di antara PAS dengan DAP,
Amanah dan PKR? Sekiranya dia berfikir demikian, maka mungkin saya boleh
simpulkan bahawa Mahfuz berkemungkinan besar tidak faham dengan
pendirian partinya.
Saya juga tertanya-tanya, kenapalah Mahfuz tidak sertai Amanah atau PKR.
Sedangkan apa yang terbit dari lidahnya itu membayangkan seakan-akan
“syaitan dalam jemaah” PAS itu belum lagi keluar dari parti berkenaan
sepenuhnya.
Cuma bersangka baik, saya menjangkakan bahawa mungkin Mahfuz tidak
sertai Amanah kerana enggan melanggar sumpah bai’ah yang dia ikrarkan
pada PRU ke-13 yang lalu. Siapalah yang tidak sayangkan isteri, bukan?
Sebenarnya, saya agak bersimpati dengan Mahfuz. Dia seolah sedang
tersepit. Hendak keluar, takut melanggar bai’ah. Hendak kekal, tapi
hatinya bagaikan sudah bersama Amanah. Namun apakan daya, terpaksalah
kekal di dalam PAS jua hingga tamat penggal ini…
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment