Tuesday, September 22, 2015

Bersih 4.0 : Polis Rakam Kenyataan Mat Sabu..... Dia Memang Bebal

KUALA LUMPUR : Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membantu siasatan berhubung Perhimpunan Bersih 4.0, hari ini.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu hadir bersama dua peguamnya kira-kira jam 11.05 pagi.

Mat Sabu berkata, beliau disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Soal siasat berjalan dengan lancar, polis menyoal berkaitan dengan perhimpunan, namun saya memilih tidak mahu menjawab soalan tersebut," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan menunggu sama ada dirinya didakwa di mahkamah atau tidak.

"Kalau ada pendakwaan, segala penjelasan di mahkamah nanti," katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali telah hadir di IPD Dang Wangi untuk dirakamkan kenyataannya berhubung perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lalu. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment