Wednesday, September 23, 2015
Pembangkang Akan Kalah Teruk di PRU14 Tanpa PAS.
Ramai berpendapat pihak pembangkang yang menubuhkan Pakatan Harapan
tanpa PAS, adalah satu kesilapan besar yang telah dilakukan. Dikalangan
penyokong pembangkang sendiri, sudah terdengar suara-suara yang
mengatakan bahawa pembangkang kini sudah tidak relevan kepada rakyat
kerana sering berpecah.
Tidak seperti Umno dan Barisan Nasional, walaupun diserang dengan begitu
teruk didalam isu 1MDB dan juga kritikan keras kepada Presiden parti,
gabungan parti didalam Barisan Nasional tetap berdiri kukuh didalam
kumpulan mereka tanpa ada sebarang perpecahan.
Itulah yang membezakan diantara kedua-dua permainan politik yang
ditunjukkan kepada rakyat. Jika rakyat mahu memilih parti yang mereka
harapkan untuk mentadbir serta memerintah negara dengan baik, sudah
tentunya gabungan yang stabil amat diperlukan. Bukannya gabungan rapuh
seperti yang ada didalam pembangkang.
Rakyat melihat, Pakatan Harapan yang ditubuhkan tanpa PAS hanyalah
sebagai gabungan kumpulan syok sendiri serta tak berkualiti didalam
perjuangan menumbangkan Barisan Nasional. Apa tidaknya, PAS adalah parti
melayu kedua terbesar didalam negara selepas Umno. Dan PAS juga adalah
tunggak kekuatan pembangkang sejak dari dahulu lagi.
Jika parti seperti PAS dipinggirkan begitu sahaja kerana perbezaan
ideologi, apakah gabungan pembangkang yang baru ini dapat bertahan
dengan ideologi singkat masing-masing? Adakah DAP mampu bertahan dengan
karenah PKR dan Amanah? Dan adakah rakyat akan percaya dengan kemampuan
Amanah untuk menarik sokongan orang melayu/Islam?
Umum mengetahui, PAS mempunyai sokongan luar bandar yang kuat serta
mempunyai kemampuan jentera pilihanraya yang tidak kurang hebat. Apakah
PKR, DAP dan Amanah mampu menampung kekurangan yang dtinggalkan oleh PAS
didalam Pakatan Pembangkang?
Lihat sahaja bagaimana Bersih4 tidak mendapat sambutan dari kalangan
orang melayu apabila PAS menarik diri dari menyertai demonstrasi haram
berkenaan. Mat Sabu serta rakan-rakannya didalam Amanah terbukti tidak
mampu meyakinkan melayu untuk bersama DAP menumbangkan BN menerusi
Bersih.
Bayangkan jika senario yang sama terjadi pada Pilihanraya Umum ke 14
nanti, bukankah pembangkang akan "tumbang bergaya" disebabkan faktor
kehilangan sokongan dari jemaah PAS? Yang mungkin menang hanyalah DAP
kerana sokongan kuat dari cina-cina kiasu didalam negara, yang lain cuma
"makan kuah" sajalah.
Apa lah maknanya pembangkang tanpa PAS.. Dan apalah gunanya Mat Sabu
serta kawan-kawannya didalam Amanah tanpa kekuatan PAS dibelakang
mereka.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment