Tuesday, September 22, 2015
Henti Tajaan MARA : MCA Selar Tindakan Ismail Sabri..... Apa Hal Pulak Mamat Ni Bersuara??
PETALING JAYA : MCA menyelar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung
tindakan balasnya terhadap sebuah universiti swasta, dengan menyatakan
bahawa bidang pendidikan tidak boleh dipolitikkan.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada Isnin mengumumkan bahawa
MARA akan menghentikan tajaannya untuk pelajar baharu Universiti Taylor,
tetapi tidak mampu menjelaskan sebab di sebalik langkah itu.
Pengerusi Biro Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen menyifatkan tindakan
menteri itu sebagai 'tidak wajar', malah tindakannya itu juga dipanggil
'kebudak-budakan'.
"Institusi pendidikan diharapkan untuk terus tidak terlibat dalam
politik. Tetapi Ismail Sabri telah mempolitikkan bidang pendidikan,"
kata Kim Sen, mempertahankan Universiti Taylor.
Beliau takut orang ramai sekarang akan mengaitkan Universiti Teknologi MARA dengan dasar dan sikap prejudis berasaskan kaum.
Keputusan itu, menurut Kim Sen juga akan menjejaskan usaha kerajaan
untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa.
Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA Datuk Seri Ti Lian Ker menuntut
Ismail Sabri menjelaskan sendiri bagi meyakinkan orang ramai bahawa
langkah itu tidak mempunyai 'kaitan politik'.
"Jika memang ia bermotifkan politik, kami menyeru jasa baiknya untuk
menimbang semula dan segera menarik balik pengumuman itu demi
kepentingan pemegang biasiswa dan kebajikan pendidikan," katanya.
Lian Ker mengingatkan menteri bahawa beliau mempunyai kewajiban untuk
menggalakkan kesejahteraan pemegang biasiswa, bukan menggunakan mereka
sebagai alat politik.
Pengumuman Ismail Sabri dibuat selepas universiti itu menamatkan
perkhidmatan operator bas yang menggunakan bas dengan logo universiti
untuk membawa penumpang ke Himpunan Rakyat Bersatu baru-baru ini.
Timbul spekulasi tentang sebab di sebalik penamatan tajaan MARA untuk pengambilan baru pelajar Universiti Taylor.
Universiti itu bagaimanapun berkata pihaknya masih belum menerima
kenyataan rasmi penamatan penajaan daripada MARA atau kementerian.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment