Tuesday, September 22, 2015
Sembilan Sebab Kenapa Perhimpunan Baju Merah “Rakyat Bersatu” Berjaya
1. Kehadiran amat luar biasa dan mengikut anggaran terakhir pihak polis melebihi 150,000 orang.
2. Kehadiran anak muda juga luar biasa hampir 80% walaupun Khairy
Jamaluddin menjauhkan diri. Mereka ini adalah pengundi penentu PRU ke
14.
3. Pengisiannya yang bermakna dengan 14 Resolusi. Dengan kata lain
perhimpunan ini ada objektif seperti hidupkan semula ISA dan
mempertahankan Kerajaan yg dipilih secara demokratik.
4. Semangat “BERSATU” tercapai. Peserta tetap hadir dan hadir seawal
pagi walapun ada amaran jerebu dan lain-lain. Mereka juga berdisiplin menunggu
hingga selesai walapun dalam cuaca yang kadabg kadang panas.
5. Wujudnya kerjasama erat antara NGOs sebagai penganjur dan UMNO.
6. Dapat dirasakan kemesraan antara PAS yang memulaukan BERSIH 4
dengan UMNO yang meramaikan Himpunan Baju Merah sehingga menonjolkan DAP
sebagai parti RASIS yang memperalatkan BERSIH 4.
7. Ini adalah perhimpunan yang ada permit dan peserta berhimpun penuh
disiplin kecuali sabotaj oleh kumpulan OTAI upahan DAP yg menimbulkan
kekecohan di Petaling Street untuk mencemar imej RAKYAT BERSATU.
8. Penghinaan terhadap pemimpin Melayu kerana potret DS Najib dan DS
Hadi Awang di pijak pijak terbela kerana Himpunan Baju Merah tidak
bertindak serupa.
9. Hari Malaysia disambut dengan Baju Merah yang patriotik sedangkan
Hari Kebangsaan disambut dengan Baju Kuning yang biadap. Peserta Baju
Merah datang dengan Aman dan pulang dengan Aman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment