Tuesday, September 22, 2015

Pakatan Harapan Hanyalah Pakatan Telunjuk DAP – Zein Isma

SUBANG : Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail menyifatkan kewujudan Pakatan Harapan yang menggabungkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan parti Amanah menggantikan Pakatan Rakyat diramalkan sukar untuk mendapatkan sokongan rakyat memandangkan kepimpinan yang ada di dalam pakatan baru tersebut, khususnya pemimpin Melayu yang dilihat amat pro dan mesra kepada ideologi politik DAP.
http://i.ytimg.com/vi/FC8uLL1sDbE/maxresdefault.jpg
Menurut beliau, ini dapat dilihat samada berdasarkan tindakan atau kenyataan yang dibuat oleh kepimpinan PKR, termasuk kepimpinan parti politik baru, Amanah yang diterajui oleh Mat Sabu  jelas memperlihatkan kepimpinan pakatan baru pembangkang ini di dalam cengkaman DAP.

“Sebagai contoh, dalam satu kenyataan Mat Sabu di sebuah portal berita online mengatakan bahawa 10 ahli parlimen yang bersama parti baru tersebut tidak akan menyokong pembentangan hudud di parlimen yang dibawa oleh Pas sekiranya rakan sekutu mereka, terutama DAP tidak merestui perkara tersebut.
Pakatan Baru Tanpa PaS
“Ini jelas memperlihatkan bahawa gabungan yang digelar Pakatan Harapan ini hanyalah wayang semata-mata di mana pencatur dan dalang sebenarnya saya kita ialah DAP. Bagi meneruskan survical politik mereka, DAP perlu mencari parti-parti Melayu yang mempunyai ideologi yang sama seperti mereka untuk menggantikan PAS, dan saya yakin bahawa wujudnya parti Amanah ini adalah hasil dari campur tangan DAP.

“Perlu diingat, di dalam gabungan terbaru ini, DAP merupakan parti politik tertua. PKR sebuah parti baru yang masih tercari-cari hala tuju dan sokongan manakala parti Amanah boleh dianggap sebagai parti yang masih lembik ubun-ubunnya, biarpun diterajui oleh ahli politik berpengalaman dari Pas,” jelasnya kepada pihak media di sini hari ini.

Tambah beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Subang, berdasarkan senario tersebut,sudah  pasti Dap mempunyai suara yang kuat di dalam parti tersebut dan seperti biasa, mereka tidak akan menonjol sebaliknya meletakkan boneka di kalangan pemimpin Melayu yang tunduk dan akur kepada kehendak politik mereka untuk mengaburi mata orang Melayu di negara ini.

“Kita lihat perpecahan yang berlaku di dalam gabungan parti-parti pembangkang sebelum ini adalah angkara Dap. Akibat tidak bersetuju dengan perjuangan Islam Pas, maka mereka keluar dari Barisan Alternatif pada sekitar tahun 2008 dulu.

“Kemudian yang terbaru, Dap terus bertelagah dengan Pas berhubung isu hudud sehingga  berlakunya konflik yang serius di dalam Pas antara puak liberal dan kepimpinan ulama sehingga menyebabkan Pas akhirnya berpecah menjadi dua.

“Dalam dua senario ini memperlihatkan Dap bukanlah sebuah parti yang menghormati prinsip perjuangan rakan sekutunya sendiri. Dap mahu parti-parti lain mengikut dan tunduk kepada kehendak nafsu politik mereka dan secara tidak langsung memperlihatkan Dap tidak mahu bertolak ansur berhubung isu-isu negara Islam seperti hudud dan sebagainya,” ujarnya.

Katanya lagi, hari ini Dap sudah pun dapat membentuk dua buah parti yang diterajui orang Melayu iaitu PKR dan Parti Amanah untuk tunduk kepada ideologi politik mereka dan amat sesuai untuk dijadikan boneka bagi memancing undi dari bangsa Melayu di negara ini.

“Bagi saya, gabungan ini biarpun ada PKR dan parti Amanah ini, ia sebenarnya adalah Dap. Saya katakan begitu kerana, biarpun mereka ini parti yang berbeza, namun ideologi dan perjuangan politik mereka adalah mirip atau pun ditentukan oleh Dap.

“Contohnya seolah-olah, sekiranya kita memberikan undi kepada PKR atau pun parti Amanah, maka ia bermakna memberikan undi kepada Dap. Seperti mana dulu kata-kata penyokong Pas, undi Dap bermakna undi Pas, maka hari ini bagi saya jika kita undi PKR atau Amanah, maka kita undi Dap kerana kedua-dua parti tersebut hanyalah boneka Dap untuk mempengaruhi undi orang Melayu,” tegasnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment