Sejak beberapa hari lalu, New York Times (NYT)
dan Wall Street Journal (WSJ) – yang kebetulan surat khabar adik-beradik
dimiliki oleh baron media Sir Rupert Murdoch – telah menerbitkan
cerita-cerita yang tidak berasas dengan mendakwa Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak sedang menghadapi siasatan oleh Biro Penyiasatan
Persekutuan (FBI) dan mungkin ditangkap oleh kerajaan Amerika Syarikat.
WSJ adalah yang pertama yang melaporkan bahawa FBI telah memulakan
siasatan terhadap dakwaan pengubahan wang haram, memetik sumber-sumber.
Akhbar ini, yang mendakwa diri mereka sebagai akhbar harian kewangan,
melaporkan bahawa siasatan FBI itu ada kaitan dengan dakwaan kononnya
dibuat oleh bekas Naib Ketua Bahagian Umno Batu Kawan Datuk Seri
Khairuddin Abu Hassan – yang telah ditahan di bawah Seksyen 124 Kanun
Keseksaan yang berkaitan dengan aktiviti menjejaskan demokrasi
berparlimen.
Kemudian, yang memeranjatkan, WSJ juga melaporkan dalam artikel yang
sama:
“Jurucakap pejabat FBI di New York berkata tiada ejennya telah
diatur untuk bercakap dengan Encik Khairuddin atau mempunyai apa-apa
hubungan sebelumnya dengan dia.” Jika benar, mengapakah WSJ kemudian
terus menerbitkan artikel berunsur fitnah terhadap PM Najib apabila asas
artikel ini telah dinafikan oleh FBI?
Keesokan harinya, NYT menerbit satu artikel mendakwa seorang juri
besar persekutuan di Amerika Syarikat telah memeriksa dakwaan rasuah
yang melibatkan PM Najib – mendakwa dua sumber yang tidak dinamakan
berkata siasatan itu sedang dikendalikan oleh unit Jabatan Kehakiman
yang menyiasat rasuah antarabangsa.
Kemudian, yang memeranjatkan, NYT juga melaporkan dalam artikel yang
sama: “Seorang jurucakap Jabatan Kehakiman enggan mengulas.”
Menariknya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad – yang
telah menjadi pengkritik hebat PM Najib – telah dilaporkan berkata Najib
mungkin ditangkap oleh FBI.
Namun begitu, Dr Mahathir mengakui: “Itu
hanya suatu kemungkinan berdasarkan undang-undang antarabangsa ketika
ini.”
Dengan ketiga-tiga sumber yang dianggap berwibawa bercanggah sesama
sendiri selepas membuat tututan yang sensasi- tetapi tidak berasas – ia
membuat kita tertanya-tanya kenapa semua ini berlaku sekarang dan
mengadu-domba sistem keadilan AS terhadap pemimpin pilihan rakyat di
Malaysia.
Setakat ini, kerajaan AS telah bertindak di luar sempadannya hanya
dalam dua jenis aktiviti – penyeludupan dadah dan jenayah perang,
termasuk serangan keganasan.
Dan tiada seorang yang waras pun boleh mengaitkan Najib ke dalam aktiviti-aktiviti ini.
SHANTI RAMACHANDRAN
Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment