Monday, August 31, 2015
31 Ogos: Muslihat Di Sebalik Janggut Pak Samad…
EDITOR MENULIS...
31 OGOS 2015
Masih
ingat lagi dengan nama Pak Samad Janggut? Pengerusi Bersama Bershit itu
baru-baru ini bertegas mahu berhimpun di Dataran Merdeka pada 31 Ogos bagi menuntut pilihanraya di negara ini dijalankan dengan bersih, dan kali ini ditambah 'perisa' dengan niat ingin mendesak agar kerajaan BN dijatuhkan dan Najib ditumbangkan....
Himpunan yang diketuai oleh sekutu kuat
Ambiga itu sengaja memilih tarikh, waktu dan lokasi yang sama dengan
Sambutan Hari Ulangtahun Kemerdekaan yang saban tahun berlangsung di
situ.
Meskipun dibenarkan oleh undang-undang,
Menteri dan pihak polis, Pak Samad Janggut diberikan syarat untuk
mematuhi undang-undang perhimpunan aman sebagaimana yang diwartakan
tidak lama dulu.
Persoalannya, jika puak-puak baju kuning
ini berhimpun di situ dan tidak membawa aspirasi merdeka, apakah ia
tidak mengganggu semangat kebangsaan yang sepatutnya diraikan oleh para
pengunjung di temasya kemerdekaan negara itu?
Saya berpendapat bahawa Pak Samad Janggut
mempunyai agenda tidak baik menerusi himpunan yang dianjurkannya itu
memandangkan niat utama mereka berhimpun di Dataran Merdeka itu tidak
selari dengan semangat menyambut Hari Merdeka.
Pihak Kerajaan menganjurkan sambutan kemerdekaan negara dan Pak Samad Janggut pula menganjurkan sesuatu tentang pilihanraya.
Kedua-dua tujuan perhimpunan itu adalah
sangat berbeza di mana sambutan kemerdekaan berpaksikan kepada semangat
kebangsaan dan cintakan tanahair, manakala himpunan anjuran Pak Samad
pula berasaskan politik semata-mata.
Pada saya, meskipun kehadiran Pak Samad
dan para pengikutnya pada hari tersebut secara jelas akan membuat ramai
rakyat Malaysia yang hadir mahu menyambut hari kemerdekaan akan merasa
hambar dan “malas” untuk menyertai sambutan tersebut.
Bayangkan, sedang rakyat Malaysia tengah
hangat melaungkan rasa cintakan tanahair, Pak Samad pula sebok
melaungkan agenda busuk pembangkang yang jelas berniat busuk meskipun
tidak dizahirkan.
Rata-ratanya rakyat faham dan tahu
kedatangan Pak Samad ke majlis sambutan kemerdekaan itu berasaskan
agenda memburuk-burukkan kerajaan dan membawa propaganda pihak Pakatan
Haram, bukan?
Mungkin Pak Samad Janggut menafikan
tujuan busuk tersebut, tapi rasanya budak tadika PASTI pun dapat hidu
“bau bangkai” yang di bawa Pak Samad…
Saya berpandangan bahawa Pak Samad dan
himpunannya itu adalah bertujuan untuk menggangu sambutan dan semangat
Hari Merdeka di kalangan rakyat Malaysia.
Himpunannya tersirat dengan
provokasi dan propaganda pembangkang.
Saya ingin bertanya pada Pak Samad,
sekiranya Pak Samad sedang menganjurkan himpunan puisi di Dataran
Merdeka dan datang pula sekumpulan manusia berhimpun di situ serta
melaungkan “Potong janggut! Potong janggut! Cukur Janggut Serabai! Cukur
Janggut Serabai!”, apa yang Pak Samad rasa?
Mereka bukannya menujukan laungan itu
kepada Pak Samad dan mungkin laungan itu ditujukan kepada mereka-mereka
yang berjanggut panjang dan tidak pandai menjaga janggut mereka sehingga
ia kelihatan serabut serta menggangu emosi mereka…
Pak Samad suka begitu? Atau Pak Samad
akan meradang dan marah pada himpunan kumpulan tersebut serta menuduh
mereka sengaja mengganggu Pak Samad dengan provokasi perkataan yang
menyakitkan hati meskipun mereka berhimpun secara aman?
Dengan tindakan Pak Samad ini, saya
menjangkakan bahawa himpunan yang dipercayai ditaja oleh pembangkang itu
bertujuan untuk memburuk-burukkan tema, logo dan sambutan Hari Merdeka
secara konsisten dengan beralaskan “himpunan aman”.
Yang jelas, rakyat Malaysia akan malas
untuk hadir kerana menyampah dengan kehadiran Pak Samad dan
konco-konconya yang datang untuk membuat kacau. Maka motif menghambarkan
sambutan kemerdekaan itu akan dicapai.
Seterusnya Harakahdaily, Malaysiakini,
Keadilandaily, Roketkini dan Malaysian Insider berkemungkinan besar akan
“berpesta” di laman-laman web mereka menyiarkan bahawa “Sambutan Hari
Merdeka Anjuran BN HAMBAR”, bukan? Namun hakikatnya tatkala sasaran mereka sedemikian, bukan itu yang berlaku... malahan sambutan Hari Kebangsaan di seluruh negara tetap meriah dan ceria nampaknya... perlu difahami sifat perayaan hari kebangsaan adalah bersifat ceria dan penuh kasih sayang serta kecintaan kepada negara... maka sama sekali tidak boleh dibandingkan dengan perhimpunan BERSIH itu sementelahan yang demonstrasi itu disemai dengan sepenuh kebencian serta provokasi sehingga lupa akan semangat patriotisme kepad negara...
Tapi, yalah, menurut pandangan saya, mungkin itu muslihat di sebalik “janggut”
Pak Samad kali ini. Biar pun begitu, saya yakin bahawa rakyat Malaysia
bijak berfikir dan menilai tentang kewajaran atau kesesuaian tindakan
Pak Samad Janggut pada 31 Ogos itu.
InsyaAllah, rakyat akan “cukur janggut”
Pak Samad dan Pakatan Haram pada PRU ke-13 nanti. Harap-harap Pak Samad
dapat terima kenyataan dan tidak merajuk pula. Bukan apa, hati orang
tua-tua ini sensitif sikit…senang tersentuh bila “kalah angin”!!
Sama-samalah kita fikirkan...
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment