Monday, August 31, 2015
Love U Bang Sabu... (Kes Gambar Mat Sabu)
Ini adalah salah satu gambar yang popular beredar di media
sosial.Ewah..hebat abang Mat Sabu diapit manja seorang gadis Cina yang
syok nak berselfie dengannya di celah himpunan Bersih 4.
Zahirnya tersenyum. Namun dalam hati siapa yang tahu.
Ketika selesainya himpunan haram di Dataran Merdeka pada Ahad malam bos
nombor satu Gerakan Harapan Baru (GHB) dan gengnya yang hendak bercerai
kasih dengan PAS kena duduk sembang panjang mengenai nasib masa depan
mereka.
Kita tidak perlu bilang dengan jari.Toleh kiri kanan depan belakang
sepanjang himpunan yang bermula petang Sabtu itu jelas penyertaan orang
Melayu dalam himpuan kali ini amat sikit.
Fakta ini diakui oleh semua pihak termasuk petugas media dan kalangan pemimpin pembangkang sendiri.
Bagi kalangan pemerhati politik himpunan ini adalah ujian awal untuk
mengukur sejauh mana GHB dapat menjadi daya tarikan baru sebagai
alternatif kepada PAS.
Apa yang nyata di depan mata ialah DAP saja yang berjaya menarik penyokongnya keluar meramaikan himpunan itu.
Sejak tiga himpunan haram itu kebelakangan ini,buat pertama kali kaum Cina menguasai senario.
GHB dan PKR nyata hanya menjadi 'pelakon tambahan'.
Bukan rahsia lagi DAP cukup mengharapkan GHB menjadi tenaga baru dalam pakatan mereka mengantikan PAS.
Dengar cerita Mat Sabu bersama gengnya yang kompang sakan untuk menarik
penyertaan orang Melayu pada himpunan itu dari puak yang tidak senang
hati dengan pimpinan Ulama PAS garu kepala melihat kegagalan ini.
Antara taktik mereka menjelang perhimpunan ini ialah pengumuman perletakan jawatan pimpinan di beberapa bahagian PAS.
Setakat ini mengukur dari sambutan orang Melayu pada himpunan ini
kalangan pimpinan PAS boleh 'gelak besar' melihat taktik itu tidak
langsung jadi kudis seperti yang mereka ramalkan.
Ikut beberapa orang dalam PAS mereka hendak melihat apa strategi dan lenggok GHB selanjutnya selepas ini.
Mereka tidak hairan kalau dengar DAP dan PKR akan 'jual' habis-habisan GHB dalam gerak kerja politik mereka.
Bagi Mat Sabu dan rakan-rakannya...it's do a die.
Apa nak hairan kalau makin hari makin ramai gadis-gadis Cina yang gedik hak selfie dengan abang Mat.
Bagi mereka beliau adalah harapan untuk 'jentik teliga' PAS.'Love U Bang Sabu'.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment