Saturday, August 29, 2015
PAS Hantar Mesej Lebih Faedah Bersihkan GHB Dari Sertai Bersih
KUALA LUMPUR : Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim sedikit pun tidak terkejut dengan tindakan Pas yang dilihat kurang berminat untuk bersama-sama termasuk mengerah ahlinya untuk menyertai perhimpunan Bersih 4.0.
Beliau percaya pimpinan Pas lebih menumpukan kepada usaha untuk membersihkan kumpulan Gerakan Harapan Baru (GHB) di dalam parti berkenaan daripada memberi tumpuan terhadap perhimpunan berkenaan.
“Logik juga jika Pas menjadikan usaha membersihkan parti daripada GHB lebih penting daripada perhimpunan Bersih 4.0. Mungkin pimpinan Pas mula sedar dan tahu dan tidak lagi berada di dalam kepompong kekeliruan dengan gerakan daripada mereka yang kalah pada pemilihan Pas yang lalu.
“Walaupun pelbagai alasan yang diberikan itulah yang sebenarnya kita boleh nampak dan lihat hari ini. Apa pun kita ucapkan tahniah kepada mereka kerana sekurang-kurangnya memberikan alasan yang boleh dianggap logik walaupun pada tersuratnya alasan tersebut kita boleh membuat pelbagai andaian,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Sebelum ini dilaporkan Pas tidak akan mengerahkan anggota dan penyokongnya untuk menyertai perhimpunan Bersih 4.0 di ibu negara.
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan dalam kenyataan berkata, tarikh perhimpunan itu yang hanya selang sehari dengan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, adalah dirasakan tidak sesuai. Beliau berkata, Pas hanya akan menghantar wakil ke acara itu.
Anuar Shaari seterusnya menambah GHB sebenarnya sudah menjadi barah kepada parti berkenaan dan jika pimpinan Pas mula sedar dan tahu itu adalah langkah yang sebetulnya dan satu tindakan yang bijak.
Menurut beliau jika dibiarkan GHB yang hari ini mula menampakkan taring dan kuku untuk bergerak tentunya bakal memberi implikasi serta kesan yang cukup besar kepada parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Sebab itu bagi saya memang sudah tiba masanya Pas bertindak. Sebelum bersama di dalam Bersih, amat sesuai dan amat bertepatan jika mereka memberi tumpuan untuk membersihkan dulu GHB daripada Pas,“katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment