Monday, August 31, 2015

Selamat Hari Merdeka Ke 58, PM Masih Lagi Najib

harikbgsan
EDITOR MENULIS...
31 OGOS 2015

Pertama kali saya ingin mengucapkan selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 58. Merdeka, merdeka, merdeka.
Banyak warna warninya berlaku dalam negara kita sepanjang tempoh yang panjang ini tapi satu pun tidak boleh mengatasi warna warni seorang yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.
Macam pelangi ada, macam warna tema LGBT pun ada.  Tapi lupakanlah dia, umurnya pun mungkin sudah tidak lama.
Yang kita nak bincang hari ini ialah tentang faedah DAP dan PKR, disokong oleh sekutu baru mereka iaitu mantan Perdana Menteri Tun M mengadakan perhimpunan haram selama 2 hari berturut-turut, nak tanya apa yang dapat dan apa yang dihasilkan?
Kerajaan persekutuan masih lagi BN, Perdana Menteri masih lagi Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun M masih mantan Perdana Menteri, bodoh yang fikir dengan berhimpun atas jalan akan dapat tukar kerajaan masih tak jadi cerdik, duit RM 7.6 billion masih tak tahu dimana diamnya dan sebagainya.
Tidak ada apa yang berubah.
Jika tidak ada  hasil, maka perkumpulan itu menjadi satu yang sia-sia/membazir dan melakukan perbuatan yang sia-sia/membazir ini adalah sangat dimurkai Allah swt seperti mana yang disebut dalam Surah Al-Israa’ 17 26:27 yang bermaksud “Dan janganlah kamu melakukan pembaziran.  Sesungguhnya mereka yang suka melakukan pembaziran bersama saudara syaitan dan kerja syaitan ialah menghasut manusia supaya mengkufuri rahmat dan nikmat Allah swt”.
Tapi syukur kerana kita melihat orang Islam semakin menjauhi perkumpulan haram seperti itu, sebaliknya yang dominasi ialah kaum lain yang belum tentu pun rakyat Malaysia sekalipun etniknya lebih kurang sama. Mereka boleh jadi dari Singapura mahupun Tanah Besar China, bukan orang kita pun.
Bangla pun ada.
Justeru, dari kejauhan ini sekali lagi saya mengucapkan selamat menyambut hari kebangsaan yang ke 58. Hargailah kemerdekaan yang kita ada sesungguhnya tiada tempat yang lebih baik selain tanah air kita sendiri di dunia yang sementara ini.
Dada terasa sebak, tak boleh nak tulis panjang-panjang....

Tapi... sama-samalah kita fikirkan ya...

Disediakan oleh :

Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment