Saturday, August 29, 2015

Anina Cari Publisiti Murahan Bila Saman Presiden UMNO.


Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, mengikut Akta Pertubuhan Perkara 18C, keputusan terhadap mana-mana parti atau ahlinya adalah hak parti dan mahkamah tidak boleh campur tangan. 

Hanya pegawai awam yang dilantik oleh Majlis Tertinggi boleh bertindak sebagai plaintif mewakili parti jika mereka bercadang memfailkan tindakan undang-undang terhadap pihak lain. 

Ahmad Maslan juga menerangkan bahawa pegawai yang dilantik ketika ini adalah Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh dan bukan mana-mana individu lain. 

Pengecualian itu, katanya, termasuk ahli sayap Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin yang memfailkan tindakan undang-undang terhadap presiden parti, Datuk Seri Najib Razak, hari ini berhubung derma politik RM2.6 ribu juta yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi milik Perdana Menteri itu.

“Mengikut Perlembagaan Umno, Perkara 20.7, mana-mana ahli yang membawa hal urusan parti Umno ke mahkamah, maka keahliannya tergugur dengan sendirinya. 

“Fasal ini dibuat merujuk kepada kes parti Umno yang dibatalkan pendaftaran dalam era Tun Dr Mahathir (Mohamed – mantan Perdana Menteri),” katanya yang dipetik dari portal rakyat Post.

Ahmad Maslan berkata lagi, mengikut Akta Pertubuhan Perkara 18C, keputusan terhadap mana-mana parti atau ahlinya adalah hak parti dan mahkamah tidak boleh campur tangan. 

Beliau berkata lagi, tiga perkara itu telah dijelaskan kepadanya oleh Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun.


Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment